info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Gerai akak tembikai meriah! Menang main 'batu-gunting-kertas' dapat jus percuma

Lead Image

BIASANYA kalau membeli minuman di pasar malam, kita hanya perlu pilih menu, bayar dan terus bawa pulang.

Lain pula ceritanya di sebuah gerai pasar malam di China apabila seorang wanita menjadikan aktiviti menjual jus tembikai sebagai satu permainan yang mengundang gelak tawa pelanggan.

Menurut laporan media, menerusi konsep unik itu, pelanggan boleh mencabar penjual dalam satu pusingan permainan 'batu-gunting-kertas' sebelum mendapatkan segelas jus tembikai segar.

Jika pelanggan menang, minuman berkenaan diberikan secara percuma.

Gerai unik di pasar malam China menarik perhatian pelanggan untuk bermain permainan tradisional.

Sebaliknya, jika kalah, pelanggan perlu membayar sekitar RM6 (10 yuan) untuk segelas jus tersebut.

Apa yang menjadikan gerai ini semakin menarik perhatian ialah papan tanda tulisan tangan yang menerangkan peraturan permainan tersebut.

Peraturan permainan itu sebenarnya cukup mudah dan tidak memaksa pelanggan untuk mengambil bahagian. 

Pelanggan mahu mencuba nasib hanya perlu bermain satu pusingan 'batu-gunting-kertas' dengan penjual wanita berkenaan dan tiada pusingan kedua diberikan. 

MENARIK DIBACA: Rider 'kantoi' curi makanan pelanggan, tampil mohon maaf lepas rakaman CCTV tersebar

MENARIK DIBACA: Hantar makanan di rumah orang lain, rider hati kering tak mengaku buat silap!

Idea ringkas itu berjaya menarik orang ramai untuk berkumpul di sekitar gerai.

Sekumpulan anak muda dilaporkan sanggup berhenti untuk melihat pelanggan lain mencuba nasib.

Suasana di sekitar gerai juga menjadi lebih meriah dengan sorakan dan gelak tawa, terutama apabila ada pelanggan yang berjaya menang berturut-turut.

Nampak seperti permainan mudah, konsep itu sebenarnya memberikan kelainan kepada perniagaan kecil-kecilan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

MAHA 2026 berakhir... 9 makanan ini masih disebut pengunjung, dianggap paling sedap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kedai tiada sijil halal, tapi ada label ‘no pork, no lard’... Boleh ke pelanggan Muslim makan?

Terhangat