Jangan keliru, khasiat jeruk jauh beza dengan buah segar! Penghidap asma perlu hati-hati
RAMAI orang anggap jeruk buah selamat dimakan kerana ia merupakan buah-buahan yang melalui proses penjerukan.
Tapi tahukah anda, ia boleh mendatangkan risiko kesihatan, terutama kepada penghidap asma?
Menurut perkongsian seorang usahawan produk kesihatan, Azam Monson, kandungan bahan kimia tinggi dalam jeruk buah ketika pemprosesannya boleh memberi kesan serius kepada tubuh.
Malah, ia bukan sahaja merisikokan pesakit asma tetapi juga mereka yang mengalami penyakit kulit seperti eczema.

“Bahaya jeruk ni, ancamannya tiga kali ganda. Nak-nak yang dari Thailand. Kalau dari China, tak tau la.
"Ultra-Processed Foods (UPFs) ditambah pula kandungan bahan kimia industri dan perasa yang tinggi.
"Silap terbatuk sikit memang dapat ‘asma segera’ + pakej eczema flair. Yang pernah kena tau la,” tulisnya di laman Threads.
Untuk info, jeruk merupakan makanan yang melalui proses kompleks menggunakan mesin dan teknik kimia, bukan sekadar proses biasa.
MENARIK DIBACA: Patutlah ibu hamil suka makan jeruk! Di sebalik rasa masam dan manis, ada khasiat tersembunyi
MENARIK DIBACA: Pincuk timun buka selera, sesuai padan dengan nasi tomato ganti jelatah... Ratah pun 'layan'!
Biasanya jeruk dibuat dengan bahan industri dan bukan sepenuhnya dari buah segar.
Selain itu, jeruk buah juga mengandungi pelbagai bahan tambahan atau “additives” seperti perisa tiruan, pewarna, pengawet, pemekat, serta gula atau garam tambahan.
Kandungan dalam bahan ini boleh menjadikan rasa jeruk lebih menarik, tetapi memberi risiko kepada kesihatan jika diambil berlebihan.
Jika kerap dimakan, jeruk buah boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung.
Proses industri menyebabkan nutrien sebenar dari buah asal berkurangan, jadi manfaat kesihatan daripada buah itu sendiri tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

Perkongsian ini mencuri perhatian netizen yang berkongsi pengalaman sama, terutama mereka yang ada sejarah asma.
Kebanyakan mereka berdepan serangan asma dan sakit dada berpanjangan selepas makan jeruk berkenaan,
"Sebagai orang yang ada asma dari kecil, saya fobia gila dengan jeruk. Dulu pernah makan, lepas tu terbatuk je, lepas tu kena serang sampai rasa nak putus nyawa.
"Patut la masa kecil dulu, lepas makan aku jadi sakit-sakit dada macam tu. Especially makan yang warna merah tu," antara komen netizen.