KUALI | Tradisi

Pincuk timun buka selera, sesuai padan dengan nasi tomato ganti jelatah... Ratah pun 'layan'!

Lead Image

BAGI sesiapa yang hidang nasi tomato untuk raya tahun ini, kalau nak kelainan apa kata cuba resipi pincuk ini pula.

Resipi ini ada pelbagai versi, misalnya ada gunakan jantung pisang atau mangga muda tapi kali ini kita buat versi mudah hanya menggunakan timun.

Sekali pandang memang nampak macam jelatah, tapi sebenarnya rasanya lagi ‘kick’, dan ada sedikit sentuhan rangup kacang tumbuk.

Resipi perkongsian @Jengha ini menggabungkan rasa masam, manis, masin dan pedas yang memang membuka selera. Siap ada yang buat ratah lagi!

"Ni aku belajar dengan mama. Pincuk nama dia. Aku tak makan timun, tapi kalau buat macam ini confirm aku makan," katanya 

Jom Kuali Kongsi resipinya:

Resipi ini sesuai untuk mereka yang kurang gemar makan timun.

Bahan-bahan

  • Timun (hiris nipis)
  • Bawang merah (hiris nipis)
  • Cili padi (hiris nipis)
  • Kacang (ditumbuk)
  • Cuka 
  • Gula
  • Garam

MENARIK DIBACA: Tak guna belacan pun sambal totok Jawa tetap ‘menyala’, makan pula dengan nasi panas-panas

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar ulam, ini fungsi timun dalam asam pedas dan masak lemak

Cara penyediaan

  1. Masukkan timun yang telah dihiris nipis ke dalam mangkuk besar.
  2. Tambahkan bawang merah dan cili padi, gaul rata.
  3. Masukkan kacang yang telah ditumbuk kasar untuk tekstur rangup.
  4. Tuangkan sedikit cuka, kemudian masukkan gula dan garam secukupnya.
  5. Gaul hingga semua bahan sebati dan rasa seimbang.
  6. Biarkan seketika atau simpan dalam peti sejuk untuk rasa lebih 'ngam'.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Mahu kuetiau ladna rasa manis beraroma? Rahsianya tambah buah laici dalam kuah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Lebihan nasi impit boleh buat lontong goreng, tetamu mesti teruja tiada di rumah orang lain

Terhangat