KUALI | Resipi Tradisi

Lebihan nasi impit boleh buat lontong goreng, tetamu mesti teruja tiada di rumah orang lain

Lead Image

TENGOK dalam periuk, rendang dah habis, kuah kacang tinggal sedikit tapi nasi impit masih banyak belum dipotong.

Kalau dibiarkan, mesti basi dan akhirnya terpaksa dibuang.

Apa kata bagi mengelakkan pembaziran, buat je lontong goreng untuk dijadikan menu sarapan atau hidangan untuk tetamu yang datang.

Juadah istimewa terutama dari Johor ini bukan sahaja enak, tetapi pada masa sama boleh mengelak pembaziran jika terdapat lebihan nasi impit.

Lontong goreng merupakan antara sarapan pagi popular di Johor.

Bahan-bahan

  • Nasi impit (dipotong dadu)

Bahan A (kisar/tumbuk)

  • 1/2 biji bawang holland atau 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu cili kisar/cili boh

Bahan B

  • Isi ayam atau daging
  • Bebola ikan
  • 1 biji telur
  • 1 genggam taugeh
  • 1 ikat daun kucai (dihiris)
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis
  • Bawang goreng
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

MENARIK DIBACA: [V] Pertama kali buat rendang, Tracie Sinidol akui susah dan renyah - "Saya baru tahu nak masak kena sabar"

MENARIK DIBACA: Dikecam, Kek Lapis Sultan RM1,800 terus dapat sambutan - "Kalau cinta, pasti takkan berkira"

Langkah penyediaan

  1. Kisar atau tumbuk semua bahan A lalu tumis bersama cili boh sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan isi ayam atau daging dan biarkan sehingga masak.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya kemudian gaul sehingga rata.
  4. Pecahkan sebiji telur dan biarkan sehingga sedikit masak sebelum digaul bersama tumisan.
  5. Masukkan nasi impit yang dipotong tadi lalu gaul sehingga semuanya bersalut rata.
  6. Boleh tambahkan sedikit kicap jika masakan nampak pucat.
  7. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran jika ada dan taburkan bawang goreng serta daun kucai.
  8. Siap untuk dihidangkan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Pincuk timun buka selera, sesuai padan dengan nasi tomato ganti jelatah... Ratah pun 'layan'!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

3 menu raya ini lebih mudah masak guna 'rice cooker'! Jimat masa, tak jejas rasa asli

Terhangat