Tip pilih oren manis! Perhatikan buntut buah, kod label juga petunjuk boleh dipercayai
BUKAN mudah untuk memilih buah-buahan yang betul-betul manis dan sedap hanya dengan melihat luarannya sahaja ketika membeli.
Bagaimanapun terdapat beberapa tip mudah yang boleh dijadikan panduan sebelum membuat pilihan bagi mendapatkan buah terbaik.
Perkara itu dikongsikan seorang wanita dikenali sebagai Afiqah Raie menerusi Threads selepas dia memperoleh ilmu tip memilih buah oren dari platform sama.
Antara tip yang dikongsikan adalah memilih buah oren jenis navel yang mempunyai bahagian bawah atau 'buntut' yang berlubang.

"Dapat ilmu pilih buah oren, hasil scroll Threads. Antaranya pilih la 'orange navel' yang 'buntut' berlubang dan dalam jaring tu quality 'tiptop'.
"Kita cuba yang ni dulu. Memang manis puas hati weh," kongsinya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata berkongsi petua ketika memilih buah oren.
"Betul, saya memang beli orange yang berlubang je. Tak kisah brand apa.
MENARIK DIBACA: Hati-hati beli ikan sesi 'live', scammer tunggu masa tipu pembeli... Ramai dah terkena!
MENARIK DIBACA: Ramai keliru pilih madu tulen, cuma perlu periksa logo khas sebelum beli
"Yup, memang akan cari berlubang sebab manis. Perghhh terasa vitamin C dalam orange tu.
"Lagi besar lubang 'bontot' buah lagi manis. Anak saya pun suka 'navel' je beli yang lain mereka tak makan.
"Saya pernah tanya dengan auntie Cina kalau nak cari buah oren, cari yang 'buntut' dia berlubang. Saya cuba beli dekat MBG yang timbang-timbang tu. Cari yang 'buntut' dia berlubang. Kebetulan dah pot luck saya bawa. Kawan-kawan ofis cakap oren yang saya beli sedap. Sejak dari tu saya beli oren mesti yang dah lubang.

"Navel orange (South Africa) pun sedap, beli dekat Jaya Grocer. Hari-hari makan dua biji lepas Czer, luka cepat baik!" komen beberapa warganet.
Sementara itu, ada juga netizen turut berkongsi tip melihat kod pelekat yang ditampal pada buah oren.
"Beli oren ni tengok coding dia juga tau. Yang ada sticker tampal kat buah tu. 3014/3017 tu sedap, masam manis dan juicy!" komen seorang netizen.
Terdapat beberapa tip pemilihan buah lain yang dikongsikan oleh warga maya.
"Oren navel 'buntutt' berlubang untuk makan jadi rasa dia more to manis. Valencia buntut dia titik je tak ada lubang khas untuk juice so lebih masam dan berasid.
"Epal pula kalau nak manis, rangup cari Envy. Joya dan Jazz kalau nak masam-masam sikit.
"Granny Smith pula memang epal hijau. Selalunya yang sedap dari South Africa. Avocado kalau nak makan terus beli yang kulit gelap.
"Kalau nak simpan dulu beli yang hijau. Sungold dan Green kiwi beli jenama Zespri InshaAllah puas hati," komen warganet lagi.