info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Daun bawang dah 4 hari potong masih segar! Cef kongsi tip elak potongan sayur cepat layu

Lead Image

BAGI yang gemar menyediakan bahan masakan lebih awal, masalah sayur cepat layu atau berair selepas dipotong mungkin antara masalah yang sering berlaku.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Threads, seorang cef berkongsi tip mengenai cara memastikan sayur yang sudah dipotong kekal segar lebih lama.

Menurut perkongsian cef itu, daun bawang yang telah dipotong dan disediakan sejak empat hari lalu masih kelihatan segar serta tidak layu dan berair.

Kongsinya, langkah pertama adalah memastikan sayur yang baru dibeli dari pasar dibasuh dengan baik sebelum dipotong.

Sayur yang dipotong harus menggunakan pisau yang tajam.

Selepas dibasuh dan direndam, sayur berkenaan perlu dibentangkan di atas permukaan yang luas supaya ia dapat dikeringkan.

"Kalau meja besar seperti ini dibentangkan ia akan kering," katanya dalam video tersebut.

Menurutnya juga, pisau yang tajam turut memainkan peranan kerana dapat mengurangkan tekanan terhadap sayur ketika proses memotong.

Katanya, penggunaan pisau yang tumpul boleh menyebabkan tekanan lebih kuat dikenakan pada sayur sehingga kandungan air di dalam sayur dan buah-buahan keluar.

MENARIK DIBACA: Terung bakar bersantan, lauk kampung 'simple' bikin kecur liur

MENARIK DIBACA: Teknik cuci beras guna kain cara orang Jepun... Nasi makin sedap, tekstur lebih cantik

"Kita ingin mengurangkan tekanan pada sayur-sayuran. Jika pisau tumpul, tekanan pada sayur-sayuran akan kuat," jelasnya.

Selepas dipotong, sayur berkenaan juga perlu dikeringkan menggunakan tisu bagi mengurangkan lebihan air.

Kemudian, sayur yang telah dipotong boleh diletakkan di atas kertas merah seperti yang ditunjukkan dalam perkongsian tersebut.

Kongsinya lagi, dengan cara berkenaan, sayur yang sudah dipotong boleh bertahan sehingga empat hari dan masih kelihatan segar.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Bukan hanya untuk masakan, ini 5 kegunaan kulit oren ramai tak tahu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tip pilih oren manis! Perhatikan buntut buah, kod label juga petunjuk boleh dipercayai

Terhangat