info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Bukan hanya untuk masakan, ini 5 kegunaan kulit oren ramai tak tahu

Lead Image

SETIAP kali menikmati buah oren, bahagian yang biasa menjadi pilihan adalah isi, manakala kulitnya akan dibuang terus ke dalam tong sampah.

Sebenarnya kulit oren masih boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan di rumah, sama ada dijadikan campuran dalam minuman hinggalah digunakan untuk menambah aroma pada kek dan manisan.

Jika anda mempunyai lebihan kulit oren, jangan terburu-buru membuangnya.

Berikut lima cara menarik untuk memanfaatkan kulit oren.

Kulit oren boleh menjadi aroma tambahan dalam secawan teh.

1. Campuran teh

Kulit oren boleh dikeringkan dan digunakan sebagai bahan tambahan dalam secawan teh untuk memberikan aroma sitrus menyegarkan.

Caranya mudah. Cuci kulit oren sehingga bersih kemudian hiris nipis atau potong kecil sebelum dikeringkan sepenuhnya.

Kulit yang sudah kering boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Apabila ingin menikmati teh, masukkan sedikit kulit oren kering ke dalam cawan bersama teh pilihan dan tuangkan air panas.

Biarkan beberapa minit supaya aroma kulit oren keluar sebelum diminum.

Parutan kulit oren yang ditabur di atas kek memberikan aroma lebih memikat.

2. Aroma dan rasa oren pada kek

Bagi penggemar kek berperisa oren, kulit buah ini boleh dimanfaatkan untuk memberikan aroma sitrus yang lebih harum.

Caranya, ambil kulit oren dan parut menggunakan parutan halus. Elakkan mengambil terlalu banyak bahagian putih di bawah kulit kerana ia mempunyai rasa lebih pahit.

Kulit oren yang diparut boleh dicampurkan terus ke dalam adunan kek, muffin, biskut atau pencuci mulut sebelum dibakar.

Selain memberikan aroma oren yang lebih ketara, parutan kulit ini juga boleh menjadikan rasa kek lebih segar.

Aroma sitrus oren membuatkan kediaman terasa lebih segar.

3. Pewangi kediaman

Tidak hanya untuk masakan, kulit oren juga boleh digunakan sebagai pewangi semula jadi di rumah.

Kulit oren boleh direbus bersama air untuk menghasilkan wap beraroma sitrus. 

Tambahkan bahan lain seperti kulit kayu manis atau bunga cengkih jika mahukan bau yang lebih harum.

Alternatif lain, kulit oren yang sudah dikeringkan boleh diletakkan di dalam bekas kecil atau uncang dan ditempatkan di ruang seperti dapur, bilik atau almari.

Haruman segar daripada oren boleh membantu menjadikan ruang kediaman terasa lebih menyenangkan.

Serbuk oren boleh digunakan dalam pelbaga resipi.

4. Diproses jadi serbuk oren

Kulit oren juga boleh dikeringkan dan dikisar sehingga menjadi serbuk untuk digunakan dalam pelbagai resipi.

Mula-mula, cuci kulit oren sehingga bersih dan keringkan sepenuhnya. Selepas itu, kulit oren boleh dijemur atau dikeringkan menggunakan ketuhar pada suhu rendah sehingga benar-benar rangup.

Kulit yang sudah kering dikisar menggunakan pengisar sehingga halus sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Serbuk kulit oren ini boleh ditambah ke dalam adunan kuih, biskut, kek, coklat atau manisan bagi memberikan aroma sitrus.

Gunakan dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu kerana rasanya agak kuat.

Seluruh rumah berbau semerbak oren dengan pembersih beraroma sitrus.

5. Pencuci beraroma oren

Satu lagi cara memanfaatkan kulit oren adalah dengan menggunakannya sebagai bahan dalam larutan pencuci berasaskan cuka untuk kegunaan permukaan tertentu di rumah.

Kulit oren boleh direndam dalam cuka selama beberapa hari sehingga aroma sitrusnya meresap ke dalam cuka. 

Selepas ditapis, larutan tersebut boleh dicairkan dengan air dan digunakan untuk membersihkan permukaan dapur yang sesuai.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Tip pilih jambu batu! Jangan sampai terbeli jenis kelat, keras dan kering

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Daun bawang dah 4 hari potong masih segar! Cef kongsi tip elak potongan sayur cepat layu

Terhangat