Minum ais punca darah haid berketul? Ini penjelasan dari sudut sains
KITA sering mendengar pantang larang orang tua-tua yang melarang wanita minum air ais ketika datang bulan, dengan alasan ia boleh menyebabkan darah haid membeku atau berketul dalam rahim.
Bagaimanapun, seorang aktivis kesihatan wanita menegaskan perkara ini hanyalah mitos semata-mata dan tidak disokong oleh penjelasan sains.
Menurutnya, air yang diminum akan melalui sistem penghadaman dan bukannya terus memasuki rahim atau organ reproduktif wanita.

“Kak… rahim tu bukan freezer. Air ais masuk sistem penghadaman, bukan terus masuk rahim dan bekukan darah period,” tulisnya menerusi laman Threads.
Tambahnya lagi, darah haid berketul tiada langsung kaitan dengan tabiat pemakanan, sebaliknya mungkin berpunca daripada faktor kesihatan lain yang lebih serius.
“Kalau ketulan besar dan kerap, period terlalu 'heavy' atau sakit teruk jangan salahkan teh ais. Cari puncanya.
MENARIK DIBACA: Vitamin C, halia dan kurma: Kombinasi terbaik atasi masalah haid tak teratur
MENARIK DIBACA: "Jaga makan waktu haid" - Wanita TTC dedah kiwi bantu suburkan telur, akhirnya ‘lekat’!
“Fibroid? Adenomyosis? Endometrial polyps? Coagulation disorders?
“Rahim ni organ reproduktif. Bukan peti ais dua pintu,” ujarnya.
Dari sudut anatomi, penghadaman dan reproduktif merupakan dua sistem badan yang berbeza.
Apabila seseorang minum air ais, minuman tersebut masuk melalui mulut, esofagus dan perut sebelum bergerak melalui usus untuk proses penghadaman serta penyerapan.

Manakala, rahim pula merupakan sebahagian daripada sistem reproduktif dandan terletak berasingan daripada saluran penghadaman.
Darah haid yang keluar pula sebenarnya terdiri daripada darah, tisu daripada lapisan rahim dan lendir.
Ketulan darah kecil ketika haid juga boleh berlaku apabila darah keluar dalam jumlah yang lebih banyak atau lebih cepat, menyebabkan badan tidak sempat memecahkannya sebelum keluar.
Justeru, sekiranya masalah ini berlaku dengan kerap, haid keluar terlalu banyak atau sakit yang dialami jauh lebih teruk daripada biasa wanita disarankan untuk berjumpa doktor.