Makan jambu batu ketika pantang, luka czer kering dalam 2 minggu... Doktor pun kagum!
BUKAN sekadar buah yang sedap dimakan begitu sahaja, jambu batu rupanya kaya dengan vitamin C yang penting untuk proses pemulihan tubuh, termasuk membantu menyembuhkan luka.
Perkara itu dikongsikan seorang wanita dikenali sebagai Masyitah Riezal yang bercerita tentang pengalaman menjalani tempoh berpantang selepas bersalin secara pembedahan atau caesarean (czer).
Menurutnya, antara perkara yang diamalkan sepanjang berpantang adalah mengambil makanan berkhasiat dan memastikan keperluan vitamin C harian mencukupi.

“Ini tip saya. Pantang jangan stres, makan tinggi protein dan pastikan setiap hari dapat vitamin C cukup.
“Jadi makanlah jambu batu sebab lagi tinggi vitamin C dari buah oren tau!” ujarnya menerusi laman Threads.
Tambah Masyitah, luka pembedahan yang kering dengan baik selepas dua minggu turut membuatkan doktor yang merawatnya kagum.
“Dua minggu lepas bersalin czer doktor check. Dia amazed cakap jahitan dah kering elok, rahim pun dah okay tak bengkak," katanya.
MENARIK DIBACA: Tip pilih jambu batu! Jangan sampai terbeli jenis kelat, keras dan kering
MENARIK DIBACA: Tinggi vitamin C, cepat kenyang antara manfaat jambu batu! Ibu hamil makan untuk 'jaga' HB
Untuk info jambu batu antara buah kaya vitamin C, iaitu nutrien penting dalam pembentukan kolagen yang membantu tubuh membaiki tisu dan menyokong proses penyembuhan luka.
Bagaimanapun, proses penyembuhan luka berbeza bagi setiap individu dan bukan bergantung pada pengambilan buah-buahan semata-mata.
Selain itu, mereka digalakkan mengambil makanan tinggi protein seperti ikan, ayam dan telur.
Justeru, ibu yang menjalani pembedahan czer perlu menjaga luka mengikut arahan doktor serta mendapatkan pemeriksaan jika mengalami tanda jangkitan.