Tinggi vitamin C, cepat kenyang antara manfaat jambu batu! Ibu hamil makan untuk 'jaga' HB
RAMAI gemar menjadikan buah-buahan sebagai kudapan kerana selain menyegarkan, ia juga membantu mengalas perut yang lapar.
Antara buah yang cukup popular untuk tujuan ini adalah jambu batu.
Teksturnya yang rangup membuatkan ramai ralit menikmatinya, sedar-sedar dah habis sebiji dimakan.
Seorang wanita di Threads dikenali sebagai Fara Mazlan berkongsi mengenai jambu batu yang bermanfaat untuk membuatkan perut kenyang lebih lama.
Menurutnya, jambu batu mengandungi vitamin C yang tinggi iaitu empat kali ganda berbanding buah oren.
"Baru tahu kalau makan jambu batu ni buat kita kenyang lama.
"Tinggi vitamin C, empat kali ganda daripada buah oren," tulisnya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang rata-rata bersetuju buah jambu batu ada banyak manfaat dan mengenyangkan.
"I love guava. Peti mesti penuh guava sebab ayah saya suka belikan. Tak perasan pula bab kenyang, tapi nak berak senang ah.
"Love jambu batu, bantu melawaskan juga hihi.
"Patutlah. Kita hari-hari lunch makan jambu batu je. Rasa kenyang dah.
"Eh, tapi betul kalau makan jambu batu ni cukup sebiji je, confirm sendawa kekenyangan," komen beberapa netizen.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mengambil jambu batu ketika hamil termasuk mereka yang mendakwa buah tersebut membantu mengawal bacaan hemoglobin (HB).
"Masa pregnant, tiap hari makan jambu ni. Bacaan hemoglobin sentiasa 14++. Nurse selalu tanya makan apa.

"Bagus untuk bumil yang HB low juga.
"Saya memang suka jambu batu dan HB dari buka buku pink maintain je 12.1-12.5.
"Masa pregnant kalau HB low, makan jambu ni confirm HB cantik. Tapi jangan makan dengan asam masin tu," komen netizen lagi.
Tidak kurang juga, sebahagian netizen berpendapat jambu batu membantu mengatasi rasa loya ketika mengandung.
"Dulu pregnant tak tinggal jambu batu ni, tapi asyik nak buang air kecil je. Tapi memang sedap ya! Hilang loya.
"Masa mengandung dekat anak sulung, hanya mampu telan jambu batu dan betik. Sampai sekarang anak sulung saya suka buah. Mak kau tak lalu nasi dek sampai beranak kau.
"Dulu pregnant, almost every day makan jambu batu. Siapa yang pregnant, pergi makan jambu batu bebanyak," komen warganet lagi.