info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Guna tepung 'cuci' sisa gorengan, minyak terpakai lebih jernih, bersih

Lead Image

MINYAK masak yang sudah digunakan beberapa kali akan dipenuhi sisa gorengan hingga warnanya bertukar gelap. 

Sebenarnya, minyak yang telah digunakan boleh diguna semula jika tahu cara menyingkirkan sisa gorengan.

Seorang pengguna menerusi akaun TikTok @madeabmy26d menunjukkan cara menyingkirkan kotoran dari minyak terpakai.

Berdasarkan video yang dikongsi, pengguna itu hanya menggunakan dua bahan mudah iaitu tepung dan air.

MENARIK DIBACA: Viral di Mexico, minuman probiotik tepache makin popular... Ramai buat sendiri sebab mudah!

MENARIK DIBACA: Wanita kongsi cara buat probiotik semula jadi guna kubis ungu, tak perlu bazir duit beli mahal-mahal

Kotoran di dalam minyak melekat pada tepung.

Bahan-bahan

  •  Tepung
  •  Air
  •  Bekas untuk membancuh

Cara penyediaan

  1. Campurkan tepung dan air dalam sukatan yang sama dan kacau sehingga sebati.
  2.  Panaskan minyak masak yang sudah digunakan dan pastikan suhunya sekitar 60 darjah Celsius.
  3.  Tuang bancuhan tepung ke dalam minyak dengan berhati-hati.
  4.  Biarkan bancuhan tersebut bergoreng sehingga membentuk gumpalan yang memerangkap sisa makanan dalam minyak.
  5.  Angkat gumpalan tepung dan perhatikan perubahan pada minyak.

Sebagai peringatan, minyak yang kelihatan lebih jernih tidak semestinya selamat untuk digunakan semula. 

Ini kerana, minyak mungkin telah rosak akibat pemanasan berulang kali selain mengandungi bahan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sebagai langkah keselamatan, pengguna diingatkan untuk memeriksa keadaan minyak sebelum menggunakannya semula dan elakkan menggunakan minyak yang berbau tengik, terlalu gelap atau berasap pada suhu biasa. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Petua kerang 'muntah' lumpur sendiri! Tak perlu sental satu-satu, jimat masa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Rahsia telur dadar kedai Thai enak lain macam, padahal goreng 'kosong' je!

Terhangat