Petua rawat batuk anak guna garam laut dan baking soda raih perhatian
KANAK-kanak yang mengalami batuk berterusan pastinya berasa tidak selesa sekali gus menjejaskan 'mood', waktu tidur dan aktiviti harian mereka.
Walaupun sudah diberikan ubat batuk, gejala itu adakalanya masih berlarutan lebih-lebih lagi apabila mengalami batuk berkahak.
Di Threads, seorang ibu berkongsi ikhtiar dilakukannya untuk melegakan batuk si kecil dengan hanya menggunakan sebiji botol plastik, garam laut dan baking soda.
"Cara ringkas dan efektif untuk tolong anak kecil alami batuk yang tak surut-surut," ujarnya.

Berikut cara yang dikongsi:
- Potong lubang kecil pada bahagian sisi botol air mineral dan masukkan straw ke dalam lubang tersebut.
- Masukkan air panas ke dalam cawan, kemudian tambahkan dua sudu garam laut dan satu sudu baking soda. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan campuran air tersebut ke dalam botol.
- Cara menggunakan botol berkenaan dengan meminta anak memasukkan muncung botol ke dalam mulut, menarik nafas dan menghembuskan nafas beberapa kali.
MENARIK DIBACA: Air madu citron bantu sembuhkan batuk berpanjangan
MENARIK DIBACA: Batuk tak baik-baik, siap gatal tekak... Cuba petua minum air sarsi dengan aiskrim
Campuran garam dan baking soda dalam air steril atau air yang telah dididihkan dan disejukkan digunakan dalam sesetengah larutan pencuci hidung bagi membantu melonggarkan lendir yang terkumpul di dalam hidung.
Bagaimanpaun, tiada sebarang bukti saintifik bahawa cara ini boleh melegakan batuk, malah ia boleh menyebabkan risiko tersedak atau kecederaaan akibat air panas.
Bagi membantu melegakan batuk anak, ibu bapa boleh memastikan anak minum air secukupnya.
Madu juga boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia lebih setahun, tetapi tidak kepada bayi bawah 12 bulan.