Bazar Ramadan lebih meriah bila 'brand' besar masuk, ajar peniaga bersaing - "Air balang mahal sangat"
BAZAR Ramadan sentiasa menjadi tumpuan ramai untuk membeli juadah berbuka puasa, selain menjadi medan persaingan sesama peniaga.
Namun sejak kebelakangan ini harga makanan dan minuman yang dijual dikatakan terlalu tinggi.
Di laman Threads, warganet meluahkan rasa tidak puas hati kerana berpandangan kebanyakan peniaga meletakkan harga tidak masuk akal untuk produk jualan mereka.

Antara yang menjadi perhatian, air balang dijual sehingga RM10 segelas, ayam golek antara RM34 hingga RM36 seekor, begitu juga roti John.
Disebabkan situasi ini, maka pengguna mula beralih kepada makanan dan minuman dengan jenama terkenal yang dilihat turut dijual di bazar Ramadan.
Harga yang ditetapkan bukan sahaja lebih rendah berbanding premis, tetapi juga lebih murah jika dibandingkan dengan peniaga bazar.
Seorang pengguna berkongsi tentang beberapa jenama popular termasuk kedai kopi yang menjual minuman mereka pada harga serendah RM3.90 segelas di tapak bazar.

"Bila brand terkenal masuk bazar, jual air RM3.90 secawan memang mengelupur la peniaga yang jual air balang tambah gula potong kaki tu semua.
"Dan, dan kata (jenama besar) nak 'bunuh' (rezeki) peniaga kecil, padahal takut terbunuh sebab tak boleh dah nak menunggang harga premium Yahudi," tulisnya.
MENARIK DIBACA:Kurang rasa haus ketika puasa, betul ke garam celtic ada magis? Ini fakta anda perlu tahu
MENARIK DIBACA:Mulut bau bangkai walaupun jaga kebersihan oral, hati-hati 5 penyakit ini boleh jadi punca
Seorang lagi pengguna turut bersetuju jika jenama-jenama terkenal turut memeriahkan Ramadan dengan menyertai bazar sekali gus mewujudkan persaingan sihat sesama peniaga.
"Zus Coffee dan Mixue masuk bazar terus jadi 'market disruptor' kepada peniaga air balang yang jual 'overpriced'. Mula goyang bila Zus boleh jual pada RM3.90 secawan.
"Boleh la KFC, MCD, Texas Chicken juga join bazar sekali untuk lawan peniaga jual fast food overpriced. Subway boleh lawan roti John," katanya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata bersetuju dan meluahkan rasa kesal apabila produk dijual pada harga 'keras' sedangkan pada hari biasa harganya rendah.

"Air balang mahal sangat. Kat kampung saya siap ada orang jual teh ais cincau RM10.
"Aku akan 'support' yang mana murah je, air banyak pewarna dan ais ketul maaflah 'reject' awal-awal.
"Aku suka persaingan macam ni, baru penjual harga Yahudi ni terciduk
"Sekurangnya bukan air paip tambah kordial," komen warganet lagi.