info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Viral punya fasal, ramai teruja minum kopi telur di Vietnam... Ambil tahu juga risikonya

Lead Image

JIKA sebelum ini kopi dicampur yogurt atau 'mont blanc' menjadi perhatian, kini muncul pula satu minuman unik semakin tular di dunia iaitu kopi telur (egg coffee).

Minuman tradisional dari Vietnam dikenali sebagai ca phe trung itu terkenal dengan tekstur lembut, berbuih dan berkrim sehingga ramai menganggapnya lebih mirip kepada pencuci mulut berbanding secawan kopi biasa.

Secara tradisional, minuman itu dihasilkan menggunakan kopi hitam panas dicampur dengan kuning telur serta susu pekat manis.

Campuran tersebut kemudian dipukul sehingga kembang, bertukar warna lebih cerah dan menghasilkan lapisan buih tebal di bahagian atas minuman.

Tekstur kopi telur berkrim dan rasanya lemak manis membuatkan ramai teruja untuk mencubanya.

Walaupun nampak menyelerakan, pakar kesihatan mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum menjadikan kopi telur sebagai minuman harian.

Resipi asal menggunakan kuning telur mentah itu didakwa boleh mendatangkan risiko kesihatan tertentu.

MENARIK DIBACA: Cepat letih, stamina lemah! Ini 5 makanan baik untuk lelaki ada 'isu' hormon testosteron

MENARIK DIBACA: Sekilas pandang macam kelopak mata, wanita 'seram' jumpa benda asing aneh dalam daging kisar

Sesetengah individu mungkin beranggapan haba daripada kopi panas sudah mencukupi untuk 'memasak' telur dan membunuh bakteria berbahaya.

Namun hakikatnya, suhu kopi tidak semestinya mampu menghapuskan bakteria seperti salmonella yang mungkin terdapat pada telur mentah.

Salmonella merupakan bakteria boleh ditemui pada ayam dan telur, sekali gus berpotensi menyebabkan keracunan makanan jika telur dimakan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

Individu dijangkiti salmonella boleh mengalami gejala seperti cirit-birit, demam, muntah dan kekejangan perut.

Campuran telur mentah boleh bawa risiko jangkitan bakteria menyebabkan ketidakselesaan perut.

Gejala biasanya muncul antara enam jam hingga enam hari selepas jangkitan dan boleh berlarutan selama beberapa hari.

Selain itu, pengambilan telur mentah secara kerap juga dikaitkan dengan gangguan penyerapan biotin atau vitamin B7 dalam tubuh, nutrien penting yang membantu menyokong kesihatan kulit, rambut dan sistem saraf.

Kopi telur juga lazimnya mengandungi jumlah susu pekat manis atau gula agak tinggi bagi menghasilkan rasa manis dan tekstur berkrim yang menjadi identitinya.

Jika diambil secara berlebihan, kandungan gula tinggi boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes jenis 2 dan penyakit kardiovaskular.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Bawa lebih 2,600kg daging di Qatar, Argentina teruskan tradisi 'asado' di Piala Dunia 2026

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Poster 'durian percuma' dianggap kelirukan pengguna, KPDN sahkan promosi tiada unsur penipuan

Terhangat