info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Bawa lebih 2,600kg daging di Qatar, Argentina teruskan tradisi 'asado' di Piala Dunia 2026

Lead Image

BUKAN sekadar taktikal di atas padang, skuad Argentina turut mencuri perhatian dunia berkaitan tradisi pemakanan untuk kempen Piala Dunia FIFA 2026.

Pasukan Argentina dilaporkan terus mengekalkan amalan unik membawa 500 kilogram (kg) bekalan awal daging lembu ke kem di Kansas City, Amerika Syarikat sebagai sebahagian persiapan pasukan, meneruskan pendekatan sama ketika kejohanan di Qatar tahun 2022.

Menurut laporan media antarabangsa, tradisi itu berkait rapat dengan budaya 'asado', iaitu hidangan barbeku khas Argentina.

Asado, sajian daging panggang garam dan lada hitam bukan sahaja menjadi makanan harian, malah dianggap simbol perpaduan dalam kalangan pemain dan staf kejurulatihan.

Argentina mengekalkan tradisi membawa kira-kira 900kg daging lembu.

Pada kejohanan di Qatar sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) turut membawa 900kg bekalan daging sendiri serta memilih kem latihan yang mempunyai ruang terbuka khas untuk aktiviti memanggang, bagi memastikan pemain dapat menikmati suasana seperti di tanah air.

Sepanjang sebulan berada di Qatar, pasukan itu secara keseluruhan dilaporkan membawa masuk lebih 2,600kg daging secara berperingkat sehingga tamat kempen.

Menurut sumber AFA, aspek tersebut bukan perkara kecil dalam persiapan pasukan kerana ia membantu pemain mengekalkan keselesaan mental sepanjang kejohanan yang berlangsung sebulan.

MENARIK DIBACA: Suami masak makaroni goreng 'crispy' untuk anak, isteri tengok terus sakit kepala

MENARIK DIBACA: Aqasha handal masak ikan sichuan, belajar dengan ibu masa zaman bujang

“Kami mahu pemain berasa seperti di rumah. Asado bukan sekadar makanan, tetapi sebahagian daripada identiti kami sebagai rakyat Argentina,” kata sumber berkenaan.

Selain faktor budaya, daging lembu kaya dengan protein, zat besi dan zink turut membantu dari sudut pemulihan atlet, pembinaan otot serta sokongan tenaga sepanjang kejohanan yang padat dengan perlawanan intensif.

Kini, dengan kempen Piala Dunia 2026 berlangsung di Amerika Utara, tradisi sama sekali lagi menjadi perhatian apabila Argentina terus mempertahankan pendekatan unik tersebut dalam usaha mengekalkan prestasi terbaik di pentas antarabangsa.

Amalan 'asado' menjadi simbol perpaduan dalam kalangan masyarakat Argentina.

Sama ada ‘resipi’ 900kg daging lembu itu benar-benar menjadi antara kunci kejayaan Lionel Messi dan rakan sepasukan mempertahankan kejuaraan, ia tetap merupakan salah satu kisah menarik di luar padang dan mencuri tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia.

Tradisi pemakanan setiap negara sebenarnya berbeza mengikut budaya masing-masing.

Brazil misalnya pernah membawa kopi, pelbagai rempah serta kira-kira 30kg tepung ubi kayu bagi menyediakan hidangan popular mereka, farofa, manakala Arab Saudi dilaporkan membawa bekalan kurma bernilai kira-kira RM4.35 juta ketika Piala Dunia 2018 di Rusia.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Harga durian jatuh mendadak, peluang orang ramai nikmati Black Thorn

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Viral punya fasal, ramai teruja minum kopi telur di Vietnam... Ambil tahu juga risikonya

Terhangat