KUALI | Menu Viral

Seblak simbol kepayahan golongan miskin, asalnya diperbuat daripada makanan sisa

Lead Image

SEBUT sahaja seblak, pasti peminat makanan Indonesia akan terliur membayangkan salah satu hidangan jalanan paling popular dari Bandung, Indonesia.

Seblak dikenali dengan rasa pedas menyengat dan tekstur kenyal yang unik menjadikannya kegemaran ramai.

Mana tak terliurnya, hasil gabungan keropok mentah direbus bersama pelbagai bahan seperti telur, sayur-sayuran, sosej dan ayam menjadikan ia sangat enak dinikmati.

Di sebalik keenakannya, seblak sebenarnya menyimpan pelbagai fakta menarik yang mungkin belum anda ketahui.

Jom ketahui 5 fakta unik tentang seblak yang wajib anda tahu:

Keropok yang sudah lemau direndam dan diolah menjadi hidangan seblak.

1. Berasal dari makanan sisa

Pada asalnya, seblak merupakan cara kreatif masyarakat tempatan untuk mengelakkan pembaziran makanan.

Keropok yang sudah lemau (tidak rangup) akan direndam dan dimasak bersama rempah untuk dijadikan hidangan baru.

MENARIK DIBACA : Teh putik bunga ros banyak khasiat, patut jadi minuman ‘rahsia’ kaum wanita

MENARIK DIBACA : Dah berkarat tapi power! Rupanya ada rahsia masakan jadi sedap guna ‘kuali legend’

Disebabkan keropok lama kerap kali dibuang begitu sahaja, timbul rasa sayang untuk mensia-siakan atau membuang keropok tersebut muncul maka terhasilah idea mengolah bahan lama ini.

Kini, makanan ini telah berevolusi menjadi hidangan yang sangat digemari ramai.

Keropok seblak direndam dan direbus sehingga kenyal terlebih dahulu.

2. Keropok direbus bukan digoreng

Dalam kebanyakan masakan Asia Tenggara, keropok biasanya digoreng.

Namun dalam hidangan seblak, keropok direndam dan direbus sehingga menjadi kenyal dan lembut membuatkan ia menjadi masakan unik dan mengejutkan buat sesiapa yang pertama kali mencubanya.

Bahan utama seblak ialah keropok mentah direndam dahulu sehingga lembut kemudian dimasak bersama pelbagai bahan seperti telur, sayur, sosej, ayam dan banyak lagi.

Seblak simbol snek hidangan penjaja tepi jalan yang mesra poket.

3. Simbol snek jalanan kaki lima

Walaupun seblak kini sudah menembusi pasaran moden dan boleh dinikmati di restoran serta kafe hipster di bandar-bandar besar, identitinya sebagai makanan tradisional dan jajanan kaki lima tetap tidak luntur.

Seblak berasal daripada kehidupan masyarakat biasa yang kreatif mengolah bahan-bahan sederhana seperti keropok mentah, sayur dan sisa dapur menjadi hidangan lazat dan mengenyangkan.

Ia melambangkan keaslian citarasa tempatan yang berakar daripada budaya masyarakat Sunda.

Kepopularannya dalam kalangan penjaja jalanan juga menjadikan seblak simbol makanan rakyat mudah didapati, murah dan sesuai dinikmati oleh semua golongan.

Seblak membawa maksud pedas menyengat.

4. 'Seblak' berasal dari bahasa Sunda

Ramai orang tertanya-tanya apa maksud sebenar seblak? Dalam bahasa Sunda, kata 'nyeblak' bermaksud mengejutkan.

Ada juga yang percaya bahawa perkataan seblak berasal daripada kata 'segak' atau 'nyegak' yang bermaksud menyengat.

Kedua-dua maksud memang menggambarkan makanan ini terkenal kerana rasanya kuat dan pedas sampaikan boleh mengejutkan orang yang baru mencubanya!

Namun, bukan semua seblak perlu terlalu pedas kerana tahap kepedasan boleh diubah ikut selera masing-masing.

Kencur adalah rempah menyerupai halia dan aromanya lebih tajam dan wangi.

5. Rasa unik daripada kencur

Salah satu bahan yang membuatkan seblak begitu istimewa berbanding hidangan pedas lain ialah penggunaan kencur.

Kencur ialah sejenis rempah akar yang menyerupai halia tetapi mempunyai aroma dan rasa lebih tajam dan wangi.

Rempah ini sering digunakan dalam masakan tradisional masyarakat Sunda dan dalam seblak, ia memainkan peranan penting untuk menaikkan rasa.

Kencur memberikan rasa unik yang sukar digambarkan seperti sedikit pedas, harum dan menyegarkan.

Inilah menjadikan seblak berbeza daripada sup atau mi pedas biasa yang mungkin hanya bergantung kepada rasa cili sahaja.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Ini 5 port nasi kandar confirm ‘surr’ di sekitar Kuala Lumpur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Siapa kata ibu baru bersalin tak boleh makan sedap? Ini 5 menu boleh dicuba ketika berpantang 44 hari

Terhangat