KUALI | Trending

[V] Shantea Dessert bukan sekadar pencuci mulut, kaya dengan rasa warisan tempatan

Lead Image

MENGANGKAT cita rasa tempatan dengan nafas moden, Shantea Dessert iaitu sebuah jenama baharu khusus untuk penggemar manisan yang bukan sahaja mahu memanjakan tekak tetapi merasai hidangan warisan tempatan.

Terletak di pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Shantea Dessert memperkenalkan sajian manisan yang begitu dekat dengan lidah masyarakat tempatan dengan suntikan nafas moden.

Olahan bahan-bahan warisan seperti sarang burung, tau fu fah, biji teratai, kolagen sisik ikan dan kelapa menjadikan ia bukan sahaja tampil dengan menu-menu autentik tetapi juga sihat dengan mengekalkan nilai pemakanan berasaskan ramuan tradisi.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (empat dari kiri) turut hadir merasmikan majlis pembukaan outlet pertama Shantea Dessert di Mid Valley Megamall, baru-baru ini.

Falsafah Shantea Dessert sendiri iaitu Honest Ingredients, Heritage at Heart dan Modern Delight menjadi teras untuk memberikan yang terbaik kepada penggemar manisan. 

Kejujuran pada ramuan, penghargaan terhadap warisan dengan sentuhan moden dan segar telah menghasilkan manisan yang bukan sahaja enak tetapi turut menyalurkan rasa seimbang.

Pengarah Urusan Shantea Dessert, Nevinn Leow berkata, jenama manisan yang diketengahkan itu bukan sahaja sebagai pencuci mulut semata-mata, tetapi juga ingin menawarkan kepuasan dan keseronokan untuk setiap suapan.

Pengarah Urusan Shantea Dessert, Nevinn Leow berharap Shantea Dessert dapat mempromosikan hidangan warisan tempatan ke persada antarabangsa.

"Matlamat Shantea Dessert bukan sahaja mahu memberikan rasa manisan terbaik serta berkualiti, tetapi juga mahu memberikan keseronokan serta kepuasan buat para pelanggan.

"Menu yang kami tawarkan sudah tentu berbeza denga olahan bahan-bahan tradisi yang pastinya sukar untuk dilupakan oleh penggemar manisan," katanya kepada Kuali. 

Dalam majlis tersebut, turut hadir ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan sekali gus merasmikan pembukaan outlet pertama Shantea Dessert di Mid Valley Megamall.

MENARIK DIBACA: Semua restoran Ikea Malaysia dapat sijil halal Jakim

MENARIK DIBACA: Tiada lagi aiskrim, cokelat dan gula-gula... Ini senarai 12 jenis makanan dan minuman dilarang jual di sekolah

Menurut Teresa, kehadiran Shantea Dessert menunjukkan kekayaan kulinari Malaysia sebagai salah satu khazanah yang patut dibanggakan.

"Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, negara bakal menjadi tumpuan pelancong termasuk oleh pemburu kulinari. 

"Kehadiran Shantea Dessert adalah tepat untuk merancakkan lagi industri pelancongan gastronomi negara," ujar Teresa.

Musang King Coco Cloud dan TauFuFah Bloom.

Antara menu Shantea Dessert yang dijangka bakal memancing perhatian penggemar manisan ialah Musang King Coco Cloud (RM26.90), Mango Coco Mochi Hug (RM23.90), TauFuFah Bloom (RM22.90), Matcha TauFuFah (RM22.90) dan Orh Nee Cendol (RM17.90).

Di Shantea Dessert turut menawarkan beberapa pilihan minuman unik lain seperti Coconut Pistachio Soft Cloud (RM18.90) iaitu gabungan antara puding pistachio bersama air kelapa segar yang memberikan keunikan pada rasa.

Tidak ketinggalan, Shantea Dessert juga menawarkan tiga pilihan minuman segar berasaskan sarang burung iaitu Coconut Longjing Bird's Nest (RM29.90), Jasmine Rose Bird's Nest (RM29.90) dan Jasmine Ocean Bloom (RM26.90).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Facebook dan Instagram Shantea Dessert.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Gadis 27 tahun maut kurang nutrisi, badan sampai cengkung taksub diet ‘fruitarian’

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Tiada penyesalan tinggalkan karier doktor gigi, Pastribella kebahagiaan sebenar Dr. Ezani

Terhangat