Nyawa nyaris melayang, wanita makan julap sebab nak kurus
DIET kalau kena caranya, memang baik untuk kesihatan!
Tapi bila terlalu obses nak kurus cepat, ramai yang sanggup ambil jalan singkat hingga mengabaikan soal kesihatan diri.
Tanpa sedar, tabiat pemakanan melampau dan salah bukan sahaja membahayakan, bahkan boleh juga meragut nyawa.
Kuali senaraikan beberapa kisah benar tentang diet ekstrem yang berakhir dengan tragedi.

1. Nyawa-nyawa ikan sebab ubat julap
Seorang gadis dari Hunan, China nyaris maut selepas mengamalkan diet melampau semata-mata mahu tampil cantik pada hari jadinya.
Gadis bernama Mei itu hanya makan sayur-sayuran dan mengambil ubat julap secara berlebihan untuk ‘mempercepatkan’ proses penghadaman.
Akibatnya, dia mengalami sesak nafas dan hilang tenaga, sebelum dikejarkan ke hospital.
Hasil ujian mendapati kandungan kalium dalam darah terlalu rendah menyebabkan hypokalemia iaitu keadaan yang berisiko mencetuskan serangan jantung.

2. Maut kerana makan pedas melampau
Berlaku juga di China, pempengaruh makanan dikenali sebagai Qianqian meninggal dunia akibat kanser perut.
Pola pemakanan yang gemar memakan hidangan pedas seperti hot pot dengan cili api Sichuan dipercayai menjadi punca utama penyakit itu.
MENARIK DIBACA: Nampak macam sama tapi singgang dan asam rebus ada perbezaannya
MENARIK DIBACA: Tiada reaksi sebab tak sedap, wanita nak muntah makan nasi lemak campur aiskrim vanilla
Malah, dia juga jarang bersarapan, menyebabkan corak pemakanannya tidak teratur.
Pakar mendapati pengambilan cili berlebihan boleh merengsakan lapisan perut dan mencetuskan perubahan sel yang meningkatkan risiko kanser gastrik.

3. Maut selepas teguk beratus-ratu botol minuman keras
Seorang lelaki di Thailand ditemui maut dalam rumahnya, dipercayai selepas minum arak tanpa henti selama sebulan tanpa sebarang pengambilan makanan.
Ketika ditemui, tubuhnya terbaring bersama lebih 100 botol bir kosong, dipercayai akibat serangan sawan.
Menurut kenalan rapat, lelaki itu mengalami kemurungan selepas bercerai, dan enggan makan.

4. Hilang sebelah kaki kerana jajan
Akibat terlalu kerap makan jajan dan snek tidak sihat, seorang wanita bernama Muslihah, kini bergantung kepada kaki palsu selepas kaki dipotong akibat komplikasi diabetes.
Muslihah telah disahkan menghidap diabetes sejak kecil, dan tabiat pengambilan makanan ringan dipercayai memburukkan lagi keadaannya.
Selain faktor genetik, pakar turut menekankan peranan gaya pemakanan penting untuk mengawal penyakit kronik tersebut.

5. Badan jadi kuning kerana lobak merah
Diet ekstrim pun boleh mengubah warna kulit! Inilah apa yang berlaki kepada seorang wanita dari China selepas kulitnya bertukar kekuningan akibat makan lobak merah.
Wanita bernama Wang itu mengambil 200-300 gram lobak merah setiap hari selama tiga bulan sebagai menggantikan makanan segera.
Untuk membah kesedapan, dia menambah serbuk kunyit dan perasa tambahan dalam hidangan tersebut.
Mujur ujian perubatan menunjukkan hati dan organ lain masih berada dalam keadaan normal. Keadaan ini dikenali sebagai carotenemia, disebabkan lebihan beta-karotena dalam badan.