KUALI | Trending

Wanita putus selera sampai trauma, beli ayam gepuk dapat pakej telur lalat!

Lead Image

PENIAGA terutama penjual makanan sering diingatkan menjaga aspek kebersihan ketika mengendalikan jualan bagi mengelak masalah seperti keracunan makanan kepada pelanggan.

Aspek kebersihan bukan semata-mata tentang penyediaan makanan tetapi meliputi aspek kebersihan premis jualan.

Bayangkan jika seseorang itu termakan juadah yang tercemar? Bukan sahaja boleh mengundang risiko seperti sakit perut dan cirit-birit tetapi boleh mengancam nyawa!

Seorang pengguna Threads berkongsi pengalaman menjijikkan selepas hampir termakan juadah yang telah dicemari dengan telur lalat.

Tangkap layar aduan antara pengguna dengan pihak kedai makan atas kejadian makanan yang dicemari telur lalat.

Menerusi perkongsian pengguna Threads bernama @hharleenahassim, wanita tersebut melahirkan rasa kesal apabila nasi ayam gepuk yang dibeli dari sebuah restoran dicemari dengan telur lalat.

"Baru nak suap. Nampak selonggok telur lalat. Kau memang gampang!" hujat wanita tersebut.

Dalam gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan tompokan besar telur lalat berwarna putih pada bahagian hati ayam goreng yang dibelinya melalui servis penghantaran makanan.

Tidak berdiam diri, wanita berkenaan membuat aduan kepada kedai makan terbabit serta syarikat servis penghantaran makanan yang digunakan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

MENARIK DIBACA: Telur dadar kedai Thai memang sedap lain macam, bancuhan bersama air soda dan kicap bukit rahsianya

MENARIK DIBACA: [V] Sedap, murah pula... Tak hairan nasi ayam kicap di Pantai Dalam KL ini jadi bualan ramai

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan wanita terbabit, dia telah membuat aduan ke kedai makan terlibat dan diminta untuk menyatakan gambar serta bukti resit pembelian.

Berdasarkan respon yang diterima, kedai makan tersebut memaklumkan akan mengambil tindakan segera berhubung kejadian tersebut.

Namun pada masa sama, pihak terlibat seolah-olah menafikan kedai mereka kotor dan dicemari lalat kerana mendakwa telah menitikberatkan aspek kebersihan selain mengutamakan kualiti.

"Kita semua kedai ada penghalau mesin penghalau lalat dan setiap bulan kita ada pest control (kawalan serangga).

Baru nak suap. Nampak selonggok telur lalat. 

Pengguna

"I takut dari site uols jer. Ambil lewat kat luar rumah (selepas dihantar).

"Itu pun satu isu juga. Kita dah jaga sehabis mungkin bab kebersihan dan kualiti memang diutamakan," balas pihak kedai makan tersebut.

Menerusi hantaran berbeza, wanita berkenaan mendakwa mengalami rasa trauma dan tidak akan makan ayam gepuk dalam tempoh setahun.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen berkongsi rasa jijik dan berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan tugas ke atas kedai makan tersebut supaya kejadian serupa tidak berulang.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Suasana romantik bertukar tragedi... Meja kaca restoran terapung pecah, pelanggan lencun jatuh dalam kolam ikan koi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Nyawa nyaris melayang, wanita makan julap sebab nak kurus

Terhangat