Suasana romantik bertukar tragedi... Meja kaca restoran terapung pecah, pelanggan lencun jatuh dalam kolam ikan koi
RESTORAN mewah bukan sahaja menawarkan hidangan lazat menjadi pilihan disebabkan rekaan dalaman menarik pengunjung.
Reka bentuk dan elemen estetik yang menawan menjadikan setiap kunjungan satu pengalaman indah buat mereka.
Selain suasana tenang dan layanan bertaraf kelas pertama, restoran mewah sering menjadi pilihan utama untuk meraikan detik istimewa seperti makan malam romantik, sambutan ulang tahun atau perjumpaan korporat.
Namun begitu, di sebalik kemewahan dan keindahan ditampilkan, aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Bayangkan, pengalaman makan malam yang sepatutnya penuh kemewahan dan romantik boleh bertukar menjadi momen cemas tidak disangka-sangka.
Insiden sebegini berlaku di sebuah restoran mewah di China yang terkenal dengan platform meja makan kaca terapung di atas kolam ikan koi, menjadi lokasi popular untuk makan malam romantik dan acara istimewa.
Suasana indah itu bertukar tragedi apabila salah satu lantai kaca meja tiba-tiba pecah ketika waktu makan menyebabkan pelanggan jatuh ke dalam air.
Situasi menjadi panik apabila pelanggan bertempiaran melarikan diri malah ada yang tergelincir dan menjerit ketika kejadian berlaku.
MENARIK DIBACA: Sotong pedas sedap ala kenduri memang sedap, rahsianya kena tumis lama baru mengancam
MENARIK DIBACA: Kopi bonet RM6 memang berbaloi, pilihan premium memang puas hati
Seorang pelanggan yang menyaksikan kejadian tersebut menyangka bunyi retakan kuat itu adalah gempa bumi namun ternyata sebaliknya.
Bagaimanapun, insiden tersebut dilaporkan tidak menyebabkan kecederaan serius kepada mana-mana pelanggan.
Sementara itu, perkongsian video dimuat naik di Instagram etnow mencetuskan perdebatan warga maya apabila segelintir memuji reka bentuk restoran tersebut tetapi mengkritik aspek keselamatan yang dikatakan gagal.
Walaupun restoran itu kelihatan gah dan bergaya, hakikatnya keselamatan struktur agak meragukan dan ‘indah khabar dari rupa’.

Rata-rata yang meninggalkan komen berpendapat mereka akan berfikir dua kali sebelum makan di restoran meja berkaca terapung seperti sedemikian.
Kekhuatiran terhadap keselamatan struktur dan risiko yang mungkin berlaku membuatkan mereka ragu-ragu untuk mencuba pengalaman serupa walaupun ia kelihatan unik dan menarik.
Bagi sesetengah orang, keindahan dan kemewahan tidak lagi cukup jika keselamatan tidak dijamin sepenuhnya.
Mereka lebih mengutamakan ketenangan fikiran ketika menikmati hidangan tanpa perlu risau tentang kemungkinan kejadian tidak diingini yang boleh mengancam nyawa.