KUALI | Trending

Dah sedia nak ‘battle’? 70,000 paket produk terbaharu Khairul Aming dijangka licin

Lead Image

SIAPA tidak kenal dengan pempengaruh masakan Khairul Aming yang terkenal dengan ayat pembuka 'hey what's up guys'!

Usaha dan cita-cita tinggi pemuda berusia 34 tahun tidak perlu dipertikaikan lagi apabila berjaya memikat hati jutaan penggemarnya dalam media sosial hanya dengan berkongsi resipi masakan.

Bukan sekadar bergelar pembuat konten, Khairul atau Khairul Amin Kamarulzaman turut melebar sayap dalam dunia perniagaan selepas melancarkan dua produk 'berhantunya' iaitu Sambal Nyet Berapi pada 2021 dan Dendeng Nyet Berapi (2024).

Selepas beberapa bulan menghilang, lelaki asal Kota Bharu, Kelantan itu membuat kejutan apabila mengumumkan bakal melancarkan produk ketiganya iaitu Rendang Nyet Berapi pada 8 Ogos ini. 

Khairul Aming bersyukur dengan kelahiran produk terbaharunya iaitu Rendang Nyet Berapi.

Berita mengujakan itu telah dikongsikan sendiri Khairul atau mesra disapa KA dalam media sosial miliknya pada Isnin.

"Selepas berbulan-bulan buat persediaan, hari ini (Isnin), KA nak umumkan produk ketiga kita sudah siap untuk dikeluarkan," ujarnya menerusi video promosi tersebut.

Kata KA, tujuan dia mengeluarkan produk Rendang Nyet Berapi itu kerana mahu memudahkan orang ramai menikmati juadah tradisi dengan mudah iaitu secara ready to eat (siap saji).

"Sebenarnya perancangan saya mahu jadikan makanan tradisi di Malaysia ini mudah untuk dimakan orang ramai dalam bentuk ready to eat

MENARIK DIBACA: Bukan untuk sembelit jer, betik dikisar bersama halia tua bantu legakan masalah kebas kaki

MENARIK DIBACA: Kopek durian sampai hancur, mata netizen terganggu lihat pemuda sado tak berbaju

"Kalau balik kampung terutama hari raya, korang akan jumpa menu ini. Bahannya ada bahan tumis serai, bau lengkuas, daun kunyit memang semerbak satu rumah.

"Paling unik setiap negeri cara membuatnya berbeza-beza. Dicampur pula dengan rasa lemak santan dan kerisik, memang sedap makan bersama keluarga," katanya dalam video promosi tersebut.

Di akhir video yang dikongsikan, Khairul memanjatkan rasa syukur atas semua kerja keras, penat lelah yang dikorbankan pasukannya selama tiga bulan untuk hadir dengan produk ketiganya iaitu Rendang Nyet Berapi.

"Ini akan menjadi produk ketiga selepas lima tahun berniaga dan saya sangat-sangat berterima kasih di atas sokongan korang selama ini.

Sebelum ini Khairul Aming pernah mencetuskan fenomena menerusi dua produknya iaitu Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi.

"Kalau korang sudi, jemput battle produk ketiga ini pada hari Jumaat, 8 Ogos sebab kami nak lancarkan 70,000 paket Rendang Nyet Berapi pada pukul 9 malam di TikTok @Khairul Aming.

"Jadi tuan-tuan dan puan-puan, kami ucapkan selamat datang Rendang Nyet Berapi," ujar penerima anugerah Creator of the Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 itu.

Pengumuman yang dikongsikan KA ternyata membuatkan ramai pengikutnya teruja dan tidak sabar untuk berebut mendapatkan Rendang Nyet Berapi yang bakal dilancarkan pada Jumaat nanti.

Pada Mac lalu, KA pernah mengumumkan perancangan untuk membuka kilang keduanya di Kota Bharu, Kelantan sekali gus melancarkan produk ketiganya sebagai sebahagian strategi pengembangan perniagaan.

Sebanyak 70,000 paket Rendang Nyet Berapi bakal dilancarkan pada 8 Ogos nanti di platform TikTok Khairul Aming

KA

Untuk rekod, KA yang mula dikenali pada sekitar tahun 2018 melancarkan produk pertamanya iaitu Sambal Nyet Berapi pada Januari 2021. Produk tersebut habis dijual dalam masa hanya tiga minit semasa pelancaran pertama. 

Sehingga 2023, lebih 2.4 juta botol telah terjual melalui platform e-dagang Shopee Malaysia.

Pada 2024, KA memperluaskan perniagaannya dengan memperkenalkan produk kedua iaitu Dendeng Nyet Berapi. 

Hasilnya, Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi mencapai hasil jualan mencecah RM42 juta, meningkat 110 peratus berbanding RM20 juta tahun sebelumnya (2023).

Semua operasi perniagaan, termasuk pengeluaran, pembungkusan, dan pemasaran dikendalikan secara dalaman oleh pasukan beliau sendiri di kilang milik penuh.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Nyawa nyaris melayang, wanita makan julap sebab nak kurus

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Tindakan beri gelandangan tulang ayam tiada hati perut, influencer perjelas bukan hina tapi eksperimen sosial

Terhangat