info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Telur ayam kampung, madu kelulut dikatakan bantu pekatkan air mani

Lead Image

BAGI kaum Adam, pemerhatian ke atas air mani adalah perlu untuk memastikan sistem reproduksi berada dalam keadaan baik.

Air mani yang kelihatan cair kadangkala menimbulkan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika ia memberi kesan kepada tahap kesuburan.

Jika anda mempunyai masalah ini, mungkin boleh amalkan petua tradisional menggunakan bahan semula jadi sebagai salah satu ikhtiar.

Air mani yang kelihatan cair kadangkala menimbulkan kebimbangan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, dia mendakwa telur ayam kampung dan madu kelulut boleh membantu menjadikan air mani lebih pekat.

“Man to man. Korang rasa air mani korang cair? Apa kata korang amal ni dua minggu.

“Telur ayam kampung, madu kelulut asli. Korang tengok bergetah pekat elok tak?” ujarnya.

Telur ayam kampung membekalkan protein berkualiti tinggi serta nutrien seperti vitamin B12, kolina dan selenium yang membantu menyokong fungsi tubuh.

MENARIK DIBACA: Perhatian untuk lelaki! 8 makanan ini bantu tingkatkan kualiti, kesihatan sperma

MENARIK DIBACA: Biji labu sumber tenaga dan 'snek' kesuburan semula jadi kaum lelaki

Protein diperlukan untuk pembinaan dan pembaikan tisu, manakala selenium memainkan peranan dalam fungsi reproduktif lelaki.

Sementara itu, madu kelulut mengandungi gula semula jadi serta sebatian antioksidan yang berpotensi membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat tekanan oksidatif.

Bagaimanapun, belum ada bukti saintifik kukuh yang menunjukkan gabungan telur ayam kampung dan madu kelulut mampu memekatkan air mani.

Justeru jika berdepan masalah ini, disarankan supaya anda pergi berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan nasihat serta rawatan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

DIY masker guna timun, 3 bahan lain... Kulit muka lebih berseri, bantu hilangkan pigmentasi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Elak hirup kuah sayur bayam, kandungan oksalat undang risiko batu karang

Terhangat