Biji labu sumber tenaga dan 'snek' kesuburan semula jadi kaum lelaki
SEPERTI kuaci, biji labu juga enak dimakan sebagai snek harian.
Namun, tidak ramai sedar di sebalik rasanya lemak dan rangup, biji labu sebenarnya menyimpan khazanah nutrisi luar biasa khususnya untuk kesihatan reproduktif dan tenaga lelaki.
Komposisi nutrien kaya menjadikan biji labu antara snek bertenaga disarankan untuk diamalkan demi kesejahteraan dan kesuburan lelaki.

1. Sumber zat besi tinggi untuk kesuburan lelaki
Biji labu terkenal sebagai sumber zat besi semula jadi sangat baik. Zink memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma.
Selain itu, zink juga menyokong pengeluaran hormon testosteron dan meningkatkan daya tahan tubuh serta tenaga keseluruhan.
Cuba amalkan pengambilan secawan biji labu sehari, mengandungi kira-kira 11 miligram zink, iaitu lebih daripada 170 peratus keperluan harian disyorkan untuk lelaki dewasa.

2. Protein dan antioksidan lindungi sperma
Kandungan protein tinggi dalam biji labu membantu meningkatkan tahap antioksidan dalam sperma.
Nutrisi ini membantu melindungi daripada kerosakan oksidatif penting untuk mengekalkan fungsi pembiakan optimum.

3. Asid lemak omega kawal keseimbangan hormon
Kandungan asid lemak tak tepu dalam biji labu penting untuk membantu mengawal fungsi hormon lelaki.
Omega-3 juga membantu meningkatkan kualiti sperma, menyokong kesihatan otak dan mengurangkan keradangan dalaman.
MENARIK DIBACA: Beli ketam ketika bulan mengambang bukan sekadar mitos, isinya lebih padat dan manis
MENARIK DIBACA: Papan pemotong pun ada jangka hayat! Ada sebab jangan guna jenis plastik lebih daripada
4. Selenium lindungi sperma
Selenium adalah mineral dapat meningkatkan pergerakan sperma dan melindungi sperma daripada kerosakan oksidatif.

5. Magnesium penting untuk tenaga dan kesihatan jantung
Biji labu juga sangat kaya dengan magnesium, mineral penting untuk penghasilan tenaga, fungsi otot dan kestabilan hormon testosteron.
Kandungan magnesium juga membantu melancarkan aliran darah termasuk ke bahagian organ reproduktif, menyokong prestasi seksual.
Pengambilan magnesium mencukupi juga dikaitkan dengan tekanan darah lebih stabil dan jantung lebih sihat.

6. Fitosterol untuk prostat sihat
Biji labu juga kaya dengan fitosterol, sebatian semua jadi mempunyai sifat anti-radang membantu mengurangkan keradangan pada kelenjar prostat.
Kandungan fitosteroi juga penting untuk menyokong kesihatan prostat secara menyeluruh dengan mengurangkan risiko pembesaran prostat biasa berlaku pada lelaki berusia.
Satu genggam biji labu setiap hari bukan sahaja mengenyangkan tetapi memberikan manfaat besar untuk kesuburan, tenaga dan kesihatan lelaki secara menyeluruh.