info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Jus halia, kunyit dan gula Melaka ikhtiar masalah psoriasis, ekzema... Sebulan nampak perubahan

Lead Image

MASALAH kulit seperti psoriasis dan ekzema boleh menyebabkan kegatalan, kemerahan serta kulit menjadi kering dan bersisik sehingga mengganggu rutin harian.

Tidak hairanlah pelbagai petua berkaitan pemakanan dan bahan semula jadi sering dikongsikan sebagai ikhtiar untuk membantu mengurangkan masalah tersebut.

Seorang wanita berkongsi amalan yang menurutnya boleh dicuba oleh individu mengalami psoriasis dan ekzema.

Menerusi perkongsian tersebut, dia mencadangkan minuman berasaskan halia dan kunyit yang direbus bersama beberapa bahan lain sebelum diminum.

Telur, ayam dan daging antara sumber protein baik untuk pemakanan harian.

"Buat individu mengalami psoriasis dan eczema, simpan dan terus buat di rumah. Selepas sebulan, tengok hasilnya.

"Rebus halia, kunyit, gula Melaka sebesar ibu jari kecil dan sedikit lada hitam. Rebus dalam 10 minit, tapis dan minum.

MENARIK DIBACA: Kerap minum kopi berisiko lemahkan tulang, wanita berusia perlu waspada - Kajian

MENARIK DIBACA: Wanita ditegur sebab masak nasi, telur serentak - "Mak aku meninggal sebab salmonella"

"Baki simpan dalam peti ais. Hentikan pengambilan gluten, manisan tiruan dan gula, karbohidrat dan lebihkan makan protein sebenar," kongsinya.

Dalam perkongsian lanjut, dia menyarankan pengambilan makanan seperti telur, ayam dan daging sebagai sebahagian daripada diet harian.

"Cuba amalkan pengambilan jus mengandungi kunyit," katanya lagi.

Bagaimanapun, petua menggunakan halia atau kunyit tidak seharusnya dianggap sebagai pengganti rawatan perubatan moden bagi psoriasis atau ekzema.

Kedua-duanya merupakan keadaan kulit yang mempunyai punca dan pencetus berbeza, selain tahap gejala yang tidak sama antara individu.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Ini beza 4 jenis buah naga... Setiap warna ada rasa istimewa, khasiat tersendiri

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

EVOO tak sesuai untuk menumis, undang kanser... Fahamkan betul-betul fakta ini

Terhangat