info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Ini beza 4 jenis buah naga... Setiap warna ada rasa istimewa, khasiat tersendiri

Lead Image

SEBUT sahaja buah naga, mesti ramai terus terbayang keunikan bentuknya dan warna yang begitu menyerlah. 

Tapi tahukah bahawa buah naga sebenarnya mempunyai pelbagai jenis dan perbezaannya bukan sekadar pada warna isi atau kulit?

Setiap jenis buah naga mempunyai perbezaan dari segi tahap kemanisan, rasa, tekstur serta kandungan pigmen semula jadi.

Setiap jenis buah naga sebenarnya mempunyai tahap kemanisan dan tekstur yang berbeza.

Jadi, buah naga yang mana satu bagus dan patut dipilih?

Semuanya bergantung pada cita rasa masing-masing!

Sebelum potong dan cuba, jom kenali perbezaan empat jenis buah naga ini supaya tak tersalah pilih.

1. Isi putih, kulit merah 

Buah naga jenis ini antara yang paling mudah ditemui di pasaran. 

Sesuai untuk individu yang tak berapa menggemari buah yang terlalu manis kerana ciri rasanya sangat sederhana dan lembut.

Kelebihan untuk buah jenis ini, ia mempunyai kandungan serat paling tinggi, rendah kalori dan sangat menyegarkan apabila dimakan semasa sejuk!

2. Isi merah jambu, kulit merah 

Kalau mahukan sedikit kelainan rasa, jenis isi 'pink' ini mempunyai ciri seakan-akan buah beri yang sangat seimbang.

Kelebihannya adalah mengandungi tahap kemanisan yang sederhana dan kaya dengan Vitamin C. 

Disebabkan warnanya yang cantik, ia sangat sesuai dijadikan bahan untuk sajian smoothie bowl!

Setiap jenis buah naga menawarkan kebaikan nutrisi yang berlainan mengikut warna dan isinya.

3. Isi ungu, kulit merah  

Buah naga risi ungu ini bukan sahaja nampak mewah tapi rasanya juga lebih kaya dengan elemen rasa buah-buahan tropika.

Kelebihanya, ia sumber paling kaya dengan antioksidan kerana mempunyai tahap 'betalain' yang tinggi (sejenis pigmen semula jadi yang memberikan warna). 

Selain itu, isinya sering digunakan sebagai pewarna makanan semula jadi yang sangat cantik.

4. Isi putih, kulit kuning 

Jenis ini boleh dikatakan agak 'rare' atau jarang ditemui berbanding yang lain. 

Walaupun kulitnya berwarna kuning dan isinya putih, jangan terpedaya kerana ini adalah variti yang paling manis!

Kelebihannya adalah mempunyai kandungan gula semula jadi yang maksimum dengan rasa premium seakan-akan madu. 

Malah, bijinya juga lebih rangup bila dikunyah!

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

7 makanan ini nampak biasa, tapi boleh jejas 'mood' dan kualiti hubungan intim

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Jus halia, kunyit dan gula Melaka ikhtiar masalah psoriasis, ekzema... Sebulan nampak perubahan

Terhangat