Nasi putih lauk 'springles', ikan keli dengan keju antara menu pelik kegemaran anak kecil
MEMANG tak dinafikan terdapat golongan ibu bapa terpaksa 'berjuang' untuk memberi makan kepada anak-anak terutama yang masih kecil.
Kebanyakan anak kecil memang susah nak diberi makan terutama nasi, sehingga mereka perlu dipujuk dan dijanjikan habuan.
Seorang wanita berdepan masalah sama dan dia perlu memenuhi selera anaknya walaupun makanan yang diinginkan pelik dan tidak masuk akal.
Menerusi hantaran di Threads, dia berkongsi makanan yang diminta anaknya iaitu nasi hujan panas dalam versi tersendiri.

"Anak perempuan saya minta nasi hujan panas dalam versi dia, okay!" tulisnya.
Ternyata nasi hujan panas yang dimaksudkan itu sebenarnya nasi putih yang digaul bersama 'springles' berwarna warni yang biasanya digunakan sebagai hiasan pada kek atau manisan.
Sedar menu yang diminta anaknya itu agak mengarut, namun wanita itu mendakwa anaknya sangat berselera makan menu nasi ciptaannya sendiri itu.
MENARIK DIBACA: 'Pancake' udang sayur buka selera anak, selesai masalah si kecil 'susah' makan!
MENARIK DIBACA: Ibu risau tinggi anak usia setahun cuma 70cm, syak lambat makan telur jadi punca
Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian netizen apabila masing-masing turut berkongsi pengalaman tentang selera 'unik' anak mereka.
"Rupanya saya tak keseorangan, ada juga 'mommy' yang berjuang nak bagi anak makan nasi dengan lauk yang kita masak.
"Tapi dia pilih cita rasa dia sendiri. 'Good job' sebab mental anda masih bertahan.
"Semoga anak-anak kita membesar dengan sihat dan ceria," ujar wanita tersebut.

Di ruangan komen, seorang wanita berkongsi selera anaknya yang mahu makan roti canai yang juga ditabur 'springles'.
Seorang pengguna lain berkongsi selera pelik anaknya yang mahu makan ikan keli bersama keju.
Apa yang menarik, rata-rata komen yang ditinggalkan memberitahu mereka tidak kisah jika sesekali anak minta makanan sebegitu, asalkan mereka mahu makan.
"Apa-apalah dik, janji awak makan, mak pun senang," komen seorang pengguna.