info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Ibu risau tinggi anak usia setahun cuma 70cm, syak lambat makan telur jadi punca

Lead Image

TELUR adalah salah satu makanan terbaik untuk tumbesaran kanak-kanak kerana mengandungi protein dan pelbagai nutrien penting.

Adakah pengambilan telur benar-benar mempengaruhi kadar pertumbuhan dan ketinggian anak?

Perkara itu menjadi persoalan seorang pengguna Threads yang turut bertanyakan mengenai perkara berkenaan selepas menyedari ketinggian anaknya naik agak perlahan.

Menurutnya, anak berusia setahun itu hanya mula mengambil telur dalam diet harian selepas berdepan masalah alahan ketika bayi.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai.

“Betul ke baby yang lambat makan telur ni tinggi dia naik sikit je setiap month?

“Anak kita sembilan bulan baru OK makan telur sebab alergi. Sekarang umur setahun baru 70cm,” ujarnya menerusi Threads.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian netizen lain yang rata-rata tampil berkongsi pengalaman masing-masing mengenai pemakanan anak mereka.

Ada ibu bapa menasihatkan supaya telur diberikan secara konsisten  memandangkan ia mengandungi protein dan nutrien yang menyokong tumbesaran.

MENARIK DIBACA: Wanita 'bangga' jimat masa rebus telur ketika masak nasi, tak sedar bahaya menanti

MENARIK DIBACA: Enak, tinggi protein! Tauhu telur udang bercili bangkit selera individu sedang diet

“Saya guna telur ni, khas untuk development otak and also 1 biji = 8 gelas susu. Elok untuk berat badan. Anak saya 2 tahun tapi badan tinggi dan tegap, bijak mashaAllah.” antara komen netizen.

Tidak kurang juga ibu bapa yang berpendapat pengambilan telur tidak begitu memainkan peranan menentukan ketinggian seseorang kanak-kanak.

Malah, seorang netizen berkongsi pengalaman anaknya mengalami alahan telur sejak bayi tetapi tetap membesar dengan ketinggian yang normal.

“Anak saya alergik telur start dia makan time baby. Then saya tak pernah bagi telur. Tinggi anak saya normal dengan kawan-kawan seusia dia, 6 years. Bagi makanan yang boleh tambah tinggi.” komen netizen.

Komen netizen di laman Threads.

Untuk pengetahuan, ketinggian kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk genetik, pemakanan keseluruhan, hormon, kesihatan serta tahap aktiviti dan tidur.

Telur sememangnya sumber protein dan beberapa nutrien penting, tetapi ia bukan makanan ajaib yang boleh menentukan ketinggian anak secara bersendirian.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai alahan telur, ibu bapa juga tidak sepatutnya memaksa anak mengambil telur tanpa mendapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu.

Apa yang lebih penting ialah memastikan anak mendapat diet yang seimbang dan mencukupi, termasuk sumber protein, sayur-sayuran, buah-buahan serta nutrien penting lain mengikut keperluan usia.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Bawang putih tinggi khasiat, tapi seksa makan mentah! Ini tip kurang rasa 'menyengat'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Kabur mungkin tanda gula tinggi! Ini makanan bantu rawat masalah mata, penyakit lain

Terhangat