info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Enak, tinggi protein! Tauhu telur udang bercili bangkit selera individu sedang diet

Lead Image

MENU tinggi protein tak semestinya membosankan atau perlu dihidang dengan rasa hambar sahaja.

Sebenarnya hidangan tinggi protein yang biasanya disediakan dengan cara ringkas juga menjadi satu menu menyelerakan, misalnya menambah cili yang memberikan rasa pedas dan tekstur rangup tambahan.

Di Threads, seorang wanita dikenali sebagai alieyazhr berkongsi idea menu tauhu telur udang cili rangup.

“Saya ingatkan menu tinggi protein kena bosan, sekali tengok yang ni terus rasa lapar. Lagi-lagi bila letak cili rangup atas tu,” tulisnya.

Menariknya, hidangan itu hanya menggunakan bahan ringkas iaitu telur, udang dan tauhu lembut.

Penggunaan bahan-bahan ringkas menjadikan menu ini pilihan praktikal untuk hidangan cepat.

Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 1 keping tauhu lembut
  • 10 ekor udang saiz sederhana
  • 1/2 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar cili rangup
  • 1 sudu besar daun bawang (dihiris)

MENARIK DIBACA: 3 kebaikan makan yogurt 'homemade'... Ini cara mudah penyediaan, nikmati tanpa ragu

MENARIK DIBACA: Tak kisah beras jenis apa, makan nasi 3 kali sehari tetap boleh kurus... Ikut saja kaedah ini!

Langkah penyediaan  

  1. Pecahkan telur dalam satu mangkuk, tuang kicap dan minyak bijan lalu kacau sebati. 
  2. Letak tauhu lembut dalam bahan tadi. Susun udang.
  3. Panaskan dalam microwave selama 3 minit.
  4. Keluarkan, letak cili rangup dan taburkan daun bawang.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Kebab daging guna roti siap tak sampai 10 minit, boleh buat bekal untuk suami dan anak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Asyik masak sambal, cuba buat terung sumbat pula! Mungkin jadi lauk kegemaran

Terhangat