info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

3 kebaikan makan yogurt 'homemade'... Ini cara mudah penyediaan, nikmati tanpa ragu

Lead Image

SIAPA sangka, yogurt lembut dan berkrim boleh dihasilkan sendiri dengan mudah di rumah.

Membuatnya sendiri di rumah bukan sahaja lebih puas hati, apatah lagi hasilnya hampir serupa dengan produk dijual di pasaran.

Hanya menggunakan sesudu yogurt, anda boleh 'mengembangkan' makanan ini sehingga menjadi satu bekas yogurt homemade dan cukup untuk dinikmati seisi keluarga.

Seorang individu di Threads berkongsi cara mudah menghasilkan yogurt menggunakan dua bahan dan sesiapa yang mencubanya pasti puas hati.

"Ladies, kalau belum pernah cuba buat homemade yogurt, ni tanda untuk mula.

"Sedap, senang nak buat dan lagi puas hati bila hasil tangan sendiri. Rasanya pun setanding dengan yogurt yang jual dekat pasar raya.

"Lepas ni memang buat sendiri je la kot," kongsinya.

Berikut dikongsikan cara menghasilkan yogurt:

Hanya menggunakan susu segar dan sesudu yogurt boleh menghasilkan kultur sihat.

Bahan-bahan

  • 1 liter susu penuh krim atau susu segar
  • 1 sudu yogurt 

Cara penyediaan

  1. Didihkan satu liter susu.
  2. Selepas susu menjadi suam, pindahkan ke dalam bekas kedap udara.
  3. Masukkan satu sudu yogurt ke dalam susu dan kacau perlahan-lahan.
  4. Tutup bekas tersebut dan biarkan selama 8 hingga 12 jam pada suhu bilik.
  5. Homemade yogurt siap untuk dinikmati.

MENARIK DIBACA: Viral sebab ala produk Dubai... Ramai dakwa coklat bar versi lokal tiada isi kunafa, pistachio

MENARIK DIBACA: Minuman kafe Amazon paling laris ikut 'ranking', ramai pelancong Malaysia 'repeat'

Kelebihan yogurt 'homemade'

1. Bakteria baik

Penggunaan satu sudu yogurt sebagai permulaan proses membantu menghasilkan yogurt melalui aktiviti kultur bakteria baik. 

Bakteria ini sering dikaitkan dengan makanan berasaskan probiotik yang menyokong kesihatan sistem penghadaman.

2. Kawalan bahan

Dengan membuatnya sendiri, kita pasti mengetahui bahan yang dimasukkan ke dalam yogurt. 

Resipi ini hanya menggunakan susu penuh krim/susu segar serta yogurt sebagai bahan utama tanpa perlu menambah bahan lain.

3. Khasiat susu

Susu merupakan sumber nutrien seperti kalsium dan protein. 

Melalui proses membuat yogurt, nutrien daripada susu masih menjadi sebahagian daripada makanan yang dihasilkan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Menu diet ayam rebus pedas tak guna minyak! Enak, boleh makan dengan senang hati

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Wanita beri 'amaran', resipi sup pasta ini mungkin buat anak makan berselera lain macam

Terhangat