info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Wanita beri 'amaran', resipi sup pasta ini mungkin buat anak makan berselera lain macam

Lead Image

SEBAGAI ibu bapa, pelbagai cara sanggup dicuba semata-mata mahu melihat anak makan dengan lebih berselera lebih-lebih lagi apabila si kecil mula memilih makanan atau cepat bosan dengan menu sama setiap hari.

Bagi ibu-ibu yang buntu memikirkan menu harian, seorang wanita, ainmawardah berkongsi resipi sup pasta ringkas tetapi cukup menyelerakan yang dikatakan mampu membuatkan anak minta tambah.

Menerusi perkongsiannya di Threads, wanita berkenaan memberi peringatan bahawa hidangan tersebut mungkin akan membuatkan si kecil makan lebih banyak daripada kebiasaan.

"Hati-hati, takut anak bertambah-tambah je makan ni nanti. Saya dah beri amaran awal," tulisnya di Threads. 

Selain mudah disediakan, resipi itu juga boleh diubah suai mengikut kesukaan anak.

Ibu bapa boleh menambah pelbagai jenis sayur, protein atau menggunakan pasta dengan bentuk menarik bagi menggalakkan si kecil makan dengan lebih berselera.

Hanya menggunakan beberapa bahan asas, sup pasta boleh dijadikan menu hidangan lengkap untuk si comel.

Bahan-bahan

  • 1 ulas bawang putih 
  • Air secukupnya 
  • Pasta (ikut pilihan)
  • Secubit garam 
  • Bebola ikan
  • Sayur (ikut pilihan)

MENARIK DIBACA:Cawangan Murni Discovery terima notis KKM, diarah tutup 14 hari

MENARIK DIBACA:Pemuda OKU pendengaran jadi barista di kafe sendiri, hasilkan kopi istimewa di Silent Brew

Langkah penyediaan

  1. Rebus pasta mengikut arahan pada bungkusan sehingga lembut. Tos dan ketepikan.
  2. Didihkan air secukupnya di dalam periuk.
  3. Masukkan bawang putih kemudian biarkan kuah mendidih sehingga naik aroma.
  4. Tambah secubit garam mengikut cita rasa.
  5. Masukkan bebola ikan dan masak sehingga ia terapung.
  6. Masukkan sayur pilihan seperti sawi, bayam, brokoli atau lobak merah dan masak seketika sehingga layu.
  7. Akhir sekali, masukkan pasta direbus lalu biarkan mendidih selama 2 minit supaya semua bahan sebati.
  8. Angkat dan hidangkan ketika masih panas. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

3 kebaikan makan yogurt 'homemade'... Ini cara mudah penyediaan, nikmati tanpa ragu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Bosan pisang goreng warna keemasan? Ini cara sediakan bancuhan tepung versi biru

Terhangat