info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

'Pancake' udang sayur buka selera anak, selesai masalah si kecil 'susah' makan!

Lead Image

GOLONGAN ibu kebanyakannya tidak dapat lari daripada berdepan ragam anak kecil yang susah hendak makan.

Bagaimanapun, jika menu kena dengan selera pasti anak tidak akan memilih malah akan makan dalam kuantiti banyak.

Seorang wanita berkongsi rasa gembira apabila anaknya makan banyak selepas menyediakan sajian diperbuat daripada campuran isi udang dan sayur-sayuran.

Kata wanita itu, dia tidak menyangka anaknya boleh makan sehingga enam ketul 'pancake' udang sayur yang disediakan.

Hidangan pancake udang sayur mampu memikat selera anak-anak.

Bahan-bahan

  • 15 ekor udang (dibersihkan)
  • Lobak merah (dipotong dadu)
  • Isi jagung
  • Daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu tepung gandum
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 sudu minyak masak

MENARIK DIBACA: Selesai makan masih lepak, kerusi kosong buat letak barang... Tetamu majlis kenduri dianggap ‘buta adab'

MENARIK DIBACA: 7 tip, pantang larang masak sotong celup tepung! Salutan rangup, tak tertanggal

Langkah penyediaan

  1. Cincang udang sehingga halus
  2. Gaul udang bersama lobak merah, daun bawang dan tepung
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya, kemudian bentuk adunan menjadi bulat lalu leperkan.
  4. Oles sedikit minyak pada kuali kemudian 'grill' sehingga garing di kedua-dua belah bahagian.
  5. Siap untuk dihidangkan kepada si manja.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Bukan pes rahsia, teknik tumis dulu jadikan tomyam makin padu! ‘Confirm’ dah tak beli di kedai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Sedapnya bot ubi kentang inti 'cheese' dan daging... Anak, si ayah sama-sama suka!

Terhangat