info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Bukan pes rahsia, teknik tumis dulu jadikan tomyam makin padu! ‘Confirm’ dah tak beli di kedai

Lead Image

PERNAH tak masak tomyam tetapi susah sangat nak dapatkan kuah yang pekat, 'kaw' dan penuh rasa seperti yang dimakan di restoran Thailand?

Ramai mungkin menyangka rahsianya terletak pada pes tomyam atau bahan-bahan khas yang digunakan, namun sebenarnya teknik memasak juga memainkan peranan penting untuk hasilkan tomyam lebih padu.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, rahsia membuat tomyam Thai 'kaw' bukan semata-mata bergantung pada pes, sebaliknya bahan-bahan perlu ditumis terlebih dahulu.

Menurutnya, teknik tersebut membantu menghasilkan kuah yang lebih beraroma dengan gabungan rasa masam, pedas dan manis yang seimbang.

“Mak pesan, nak tomyam Thai yang 'kaw' kena tumis dulu bahan-bahan. Sumpah lagi padu weh rasa dia. Kalau boleh hari-hari nak makan. 

"Saya dah tak pandang tomyam Thai kat kedai sebab resipi mak saya lagi 'ngam',” tulisnya.

Bagi yang teringin nak cuba, jom Kuali kongsikan resipi tomyam kaw ala Thai ini.

Teknik tersebut membantu menghasilkan kuah yang lebih beraroma.

Bahan-bahan

Untuk menumis:

  • 450g udang
  • 3 sudu besar minyak
  • ½ biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2–4 biji cili padi
  • Lengkuas secukupnya
  • Halia secukupnya
  • 5 helai daun limau purut
  • 1½ sudu besar pes tomyam
  • 1 sudu besar serbuk stok ayam
  • 500ml air

Kuah:

150g tomato ceri

150g cendawan tiram

1½ sudu besar sos ikan

250ml santan

1½ sudu teh gula Melaka

Sedikit perahan limau nipis

Daun ketumbar secukupnya

Daun bawang secukupnya

MENARIK DIBACA: Ramai jatuh cinta keenakan tomyam Thailand, rahsianya cuma kulit dan kepala udang!

MENARIK DIBACA: Beras dan cili sangai rahsia sup daging Thai enak lain macam

Cara penyediaan

  • Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis kulit udang sehingga naik bau dan warnanya berubah.
  • Tumbuk kasar bawang merah, serai, bawang putih dan cili padi. Masukkan ke dalam periuk dan tumis bersama kulit udang.
  • Masukkan lengkuas, halia dan daun limau purut. Kemudian masukkan pes tomyam serta serbuk stok ayam. Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan air dan biarkan sup mereneh seketika supaya semua aroma bahan keluar.
  • Tapis sup dan asingkan bahan-bahan yang telah ditumis. Masukkan semula sup ke dalam periuk.
  • Masukkan tomato ceri, cendawan tiram dan isi udang. Rebus sehingga udang hampir masak.
  • Perasakan dengan sos ikan dan gula Melaka. Tuangkan santan dan kacau perlahan sehingga sebati.
  • Akhir sekali, perahkan limau nipis dan masukkan daun ketumbar serta daun bawang.
  • Siap! Tomyam kaw, masam, pedas dan berlemak ini sedia untuk dihidangkan panas-panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Aunty India kongsi resipi bendi goreng 'crispy', sekali cuba suami isteri terus ketagih!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

'Pancake' udang sayur buka selera anak, selesai masalah si kecil 'susah' makan!

Terhangat