info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Aunty India kongsi resipi bendi goreng 'crispy', sekali cuba suami isteri terus ketagih!

Lead Image

SEKIRANYA anda kurang menggemari tekstur bendi yang berlendir, apa kata cuba resipi snek rangup ini!

Menerusi hantaran seorang pengguna Threads, dia berkongsi resipi 'snek bendi' yang mana bahan itu digaul bersama campuran tepung dan rempah sebelum digoreng hingga garing.

Menurutnya, resipi tersebut dipelajari daripada seorang 'aunty' India dan hasilnya membuatkan dia dan suami sukar berhenti makan.

"Selama ni kalau bendi I goreng macam tu je. Sekali ada 'aunty' India ajar 'style' ni, lah pulun laki bini pun!" kongsinya.

Jom Kuali kongsi resipinya:

Resipi yang dipelajari daripada seorang 'aunty' India.

Bahan-bahan

  • Bendi secukupnya
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu tepung kacang kuda atau besan
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Secubit garam
  • Chaat masala, jika ada

MENARIK DIBACA: Cara celur bendi agar tak lembik, masa makan boleh dengar 'bunyi rangup'

MENARIK DIBACA: Jangan langgar pantang larang ini masa goreng bendi! Barulah tak lembik, berlendir

Cara penyediaan

  1. Basuh bendi dan lap sehingga betul-betul kering.
  2. Potong bendi secara memanjang dan nipis.
  3. Masukkan bendi ke dalam bekas bersama tepung jagung, tepung kacang kuda, serbuk cili, jintan putih, kunyit dan secubit garam.
  4. Gaul sehingga semua bahan sebati dan bendi bersalut rata. Tambahkan sedikit chaat masala untuk rasa yang lebih ‘ngam’.
  5. Panaskan minyak dan goreng bendi sedikit demi sedikit sehingga garing.
  6. Angkat dan toskan minyak. Bendi goreng 'kruk krak' siap untuk dinikmati!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Enaknya siakap rebus cili kering, tak stres amal diet sebab ada 'rasa Melayu'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Bukan pes rahsia, teknik tumis dulu jadikan tomyam makin padu! ‘Confirm’ dah tak beli di kedai

Terhangat