info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Sedapnya bot ubi kentang inti 'cheese' dan daging... Anak, si ayah sama-sama suka!

Lead Image

TAK perlu memasak hidangan rumit untuk membangkitkan selera anak-anak dan suami. 

Menggunakan bahan mudah iaitu ubi kentang, ia boleh diolah menjadi menu menarik sesuai dinikmati seisi keluarga.

Bot ubi kentang keju antara resipi boleh dicuba jika sudah kehabisan idea untuk menyediakan menu ringkas di rumah.

Seorang pengguna Threads menggunakan kentang digoreng, inti daging berperisa, campuran krim keju dan mayonis serta taburan keju sekali gus menjadikan hidangan ini menyelerakan.

“Tak perlu 'fancy', 'simple' macam ini pun dah sedap sangat.

"Suami dan anak selalu 'nekan-nekan' suruh buat setiap hari. Nasib baik senang,” kongsinya.

 

 

Bahan-bahan

  • Ubi kentang
  • Daging kisar
  • 1/2 biji bawang holand
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Sos lada hitam 
  • Cili benggala
  • Krim keju 
  • Mayonis
  • Keju mozarella 
  • Daun parsli

Langkah penyediaan

Ubi kentang

  1. Belah ubi kentang kepada separuh, kemudian rebus dengan kulit.
  2. Korek bahagian tengah menjadi bentuk bot, goreng dan ketepikan.

Inti daging

  1. Tumis bawang holand, masukkan daging, sos tiram, sos cili, kicap manis, sos lada hitam serta cili benggala.
  2. Perasakan secukupnya.
  3. Kemudian masukkan inti daging ke dalam bot ubi kentang, tuangkan sedikit campuran krim keju dan mayonis dan taburkan keju mozarella bersama daun parsli.
  4. Bakar pada suhu 170 Celsius selama 3 minit. Siap untuk dinikmati.

 

 

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

'Pancake' udang sayur buka selera anak, selesai masalah si kecil 'susah' makan!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Pewarna natural naikkan seri apam buah naga, nak buat cuma guna 3 bahan

Terhangat