Peminat nasi kerabu protes ulam ditukar dengan tauge, kubis dan 'carrot'! Peniaga jangan pandai-pandai
NASI kerabu terkenal dengan ulam-ulaman, antaranya kacang panjang, timun, daun kesum, daun selom, bunga kantan dan pucuk kayu.
Itulah antara keistimewaan nasi kerabu yang membezakannya dengan hidangan nasi jenis lain.
Bagaimanapun, penyediaan nasi kerabu pada masa kini dilihat semakin berubah menggunakan bahan yang mudah diperoleh dan kos penyediaan yang rendah.

Ada peniaga yang menggunakan lebih banyak kubis dan tauge sebagai ulam, malah turut memasukkan lobak merah serta kubis ungu.
Perubahan itu tidak dipersetujui oleh pencinta nasi kerabu, termasuk seorang pengguna Threads yang menyuarakan rasa kurang senang melihat sayur-sayuran 'pengganti' tersebut.
"Sebagai pencinta ulam, sangat menyedihkan tengok nasi kerabu sekarang penuh kubis dan tauge. Patutnya pucuk kayu. We used to be a proper country," katanya.
MENARIK DIBACA: Terhibur tengok wanita 'confident' guna bunga telang masak nasi kerabu, netizen tak lokek kongsi tip
MENARIK DIBACA: Penjual nasi kerabu dakwa diusir 'peniaga otai' hari pertama buka gerai
Tambahnya, lobak merah dan kubis ungu juga dirasakan tidak sepatutnya dimasukkan dalam hidangan tersebut.
“Apa yang penting kita tahu carrot dan kubis ungu memang 'haram' ada dalam nasi kerabu," ujarnya.
Bukan sekadar hiasan, aneka ulam ulaman membuatkan nasi kerabu terasa lebih segar dan mempunyai aroma tersendiri apabila digaul bersama nasi, budu, sambal dan lauk.

Perkongsian itu kemudian mencuri perhatian ramai apabila rata-rata netizen turut bersetuju penggunaan ulam yang asli dan lengkap penting untuk mengekalkan keenakan nasi kerabu.
“Lepas tu charge harga mahal-mahal. Why nasi kerabu is so expensive nowadays.
“Masalah letak carrot sagat dengan kubis ungu pun semakin berleluasa.
Bagaimanapun, ada juga yang memahami keadaan peniaga kerana menyediakan ulam tradisional dalam kuantiti banyak bukanlah sesuatu mudah.
“Nasi kerabu guna ulam-ulam proper tu bukan murah dan senang nak buat ya. Nak dipotong halus untuk bagi naik aroma wangi tu. Letak harga RM6 pun complain mahal,” komen netizen.