Penangan ayam kam heong 'homemade', mungkin dah tak nak beli di kedai
BILA sebut sahaja ayam kam heong, pasti ramai terbayangkan aroma daun kari dan rempah yang cukup menyelerakan dengan ketulan ayam disalut sos pekat.
Jika selama ini asyik makan di restoran, apa kata kali ini anda cuba masak sendiri di rumah.
Resipi ayam kam heong ini bukan sahaja mudah disediakan, malah menggunakan bahan-bahan ringkas yang biasanya tersedia di dapur.
Rahsia keenakannya terletak pada gabungan serbuk kari yang menghasilkan aroma harum dan menyelerakan.
Hidangkan bersama nasi putih panas, memang boleh buat makan bertambah!
Jom cuba resipi ayam kam heong ini oleh pempengaruh asal Sarawak, JacksonL dalam TikTok miliknya.

Bahan-bahan
- 600g kepak ayam (dicuci)
- 3 biji bawang merah (dicincang)
- 2 ulas bawang putih
- 1 1/2 sudu besar udang kering
- 2 tangkai daun kari
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 1/2 sudu besar kicap manis
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil garam
MENARIK DIBACA: Masak sendiri ayam masak kicap kuah pekat, berkilat... Puas makan, tak payah beli di kedai
MENARIK DIBACA: Bukan cuma dada ayam, ramai tak tahu bahagian 'thigh' juga tinggi khasiat
Langkah penyediaan
- Gaul kepak ayam dengan serbuk kari daging, tepung jagung, garam secukupnya dan lada hitam sehingga sebati. Perap selama 15 minit.
- Panaskan minyak, goreng kepak ayam yang diperap tadi sehingga masak. Angkat dan toskan.
- Guna kuali sama, tumis bawang merah, bawang putih, udang kering dan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan 1/2 sudu besar serbuk kari daging, kicap manis, sos cili dan gaul sehingga pecah minyak.
- Masukkan kepak ayam dan gaul sehingga sebati.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan.