info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Bukan cuma dada ayam, ramai tak tahu bahagian 'thigh' juga tinggi khasiat

Lead Image

APABILA bercakap tentang ayam dan khasiatnya, bahagian dada sering dianggap paling 'sihat' kerana kandungan protein yang tinggi dan rendah lemak.

Tetapi tahukah anda bahawa bahagian pangkal paha ayam (thight) juga merupakan pilihan terbaik kerana memiliki lebih banyak khasiat berbanding dada, juga sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet.

Menurut perkongsian oleh laman kesihatan, Calories.Hub di Instagram, bahagian pangkal paha ayam secara semula jadi mengandungi lebih banyak zat besi, zink dan koenzim Q10 (CoQ10) berbanding dada.

Malah, kandungan lemaknya yang sedikit lebih tinggi pula menjadikan teksturnya lebih berjus, lembut dan kaya dengan rasa.

Bahagian pangkal paha ayam secara semula jadi mengandungi lebih banyak zat besi, zink dan koenzim Q10 (CoQ10) berbanding dada ayam.

1. Kaya dengan zat besi, zink dan CoQ10

Zat besi memainkan peranan penting dalam membantu membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Sementara itu, zink pula penting untuk menyokong fungsi sistem imun serta proses penyembuhan luka yang normal.

Bahagian pangkal paha ayam juga mengandungi CoQ10, iaitu sebatian yang memainkan peranan dalam penghasilan tenaga pada peringkat sel.

Justeru, pangkal paha ayam tidak seharusnya dilihat sebagai pilihan yang kurang sihat berbanding dada ayam.

Bahagian dada ayam tetap mengandungi lemak lebih rendah berbanding paha ayam.

2. Paha ayam sedikit lebih tinggi kalori

Bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi kandungan nutrisi antara pangkal paha ayam dengan dada.

Paha ayam biasanya mengandungi lebih banyak kalori dan lemak tepu berbanding dada yang mengandungi lemak lebih rendah.

MENARIK DIBACA: Ambil cuka epal sebelum makan bantu kawal gula, ini cara disarankan

MENARIK DIBACA: [V] Udon tauhu berkrim bijan tinggi protein, sesuai jika mahu turun berat badan

Tetapi, ia masih boleh dimasukkan dalam pemakanan berkhasiat dan seimbang, terutama jika dimasak menggunakan kaedah lebih sihat seperti dibakar, dipanggang atau dimasak menggunakan air fryer, berbanding digoreng secara rendam (deep frying).

Pilihan terbaik sama ada dada ayam atau pangkal paha bergantung dengan cara dimasak.

3. Mana satu lebih sihat?

Sebenarnya, pilihan terbaik bergantung kepada keperluan dan matlamat pemakanan seseorang.

Jika anda mahukan ayam yang lebih berjus, berperisa serta membekalkan lebih banyak zat besi, zink dan CoQ10, bahagian pangkal paha ayam boleh menjadi pilihan yang baik.

Sebaliknya, jika anda mencari sumber protein yang lebih rendah lemak dan kalori, dada ayam kekal sebagai pilihan yang sangat baik.

Kesimpulannya, bahagian dada dan pangkal paha ayam boleh menjadi sebahagian daripada corak pemakanan yang berkhasiat, asalkan diambil dalam jumlah bersesuaian dan disediakan menggunakan kaedah memasak yang lebih sihat.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Bawang putih berkulat undang risiko kanser, jangan teragak-agak nak buang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Ibu beri anak makan coklat gelap sebelum ke sekolah, bantu lebih fokus belajar

Terhangat