Sambal korek resipi asli mak kini kegemaran suami, wajib guna bilis berkualiti
ADA kalanya, lauk paling ringkas di atas meja makan itulah yang paling membuka selera.
Makan dengan nasi panas, telur mata dan sambal pedas memang boleh buat makan bertambah!
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai @yann.saiful berkongsi cara menyediakan sambal korek yang dipelajari daripada ibunya sejak kecil.
Menariknya, sambal yang menjadi kegemarannya itu kini turut digemari suami.
“Sambal ni resipi mak aku. Dari aku kecil dah makan sambal ni. Tak sangka dah kahwin, laki aku pun suka,” kongsinya.
Tambahnya lagi, antara perkara penting untuk menghasilkan sambal korek yang sedap ialah menggunakan ikan bilis berkualiti kerana bahan itu turut mempengaruhi rasa sambal.

Bahan-bahan
- Ikan bilis
- Cili besar merah
- Cili padi merah dan hijau
- Bawang putih
- Bawang merah
- Minyak masak
- Serbuk perasa secukupnya
MENARIK DIBACA: Sambal Nyet Bilis hampir habis, individu kongsi tip letak petai agar tak lembik
MENARIK DIBACA: Sambal matah dah cukup sedap, tambah ikan bilis garing terus naik 'next level'!
Cara penyediaan
- Goreng ikan bilis sehingga betul-betul garing dan berwarna perang keemasan. Angkat dan toskan minyak.
- Goreng cili besar merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit layu. Angkat dan toskan.
- Masukkan semua bahan yang digoreng ke dalam lesung batu, kemudian tumbuk sehingga sebati. Tak perlu terlalu lumat supaya sambal masih mempunyai tekstur ketika dimakan.
- Tambahkan serbuk perasa mengikut citarasa dan tahap kepedasan yang diinginkan.
- Tuangkan sedikit minyak masak ke dalam sambal, kemudian gaul sehingga sebati.