Air sparkeling antara rahsia buat 'fish and chips' rangup di luar, lembut di dalam
HIDANGAN 'fish and chips' yang rangup di luar dan lembut di dalam tidak semestinya hanya perlu dibeli di restoran kerana ia sebenarnya boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan ringkas.
Pempengaruh TikTok, ariannakitchen berkongsi resipi 'fish and chips' menggunakan ikan dori yang disalut dengan gabungan tepung gandum serta jagung untuk menghasilkan salutan rangup.
Bagi penggemar hidangan barat, resipi ini boleh menjadi alternatif untuk menikmati 'fish and chips' tanpa pergi ke restoran.
Selain dapat menentukan sendiri sukatan bahan dan perasa yang digunakan mengikut cita rasa, penyediaan di rumah juga membolehkan hidangan dikawal mengikut bajet.

Bahan-bahan:
- Ikan dori
Bahan A (sos tartar)
- Jeruk (pickles)
- Bawang merah
- Daun parseli
- Perahan lemon
- Air
Bahan B (adunan ikan dori)
- 1 cawan tepung gandum
- 4 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar 'garlic powder'
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 2 sudu besar serbuk paprika
- Air sparkeling secukupnya
MENARIK DIBACA: 'Pancake' udang sayur buka selera anak, selesai masalah si kecil 'susah' makan!
MENARIK DIBACA: Cuma guna gula... Ini cara simpan udang kekal segar berbulan-bulan, rasa tak terjejas
Langkah penyediaan
- Untuk sos tartar, gaulkan kesemua bahan A sehingga sebati.
- Campurkan semua bahan B kecuali air sparkeling dalam mangkuk.
- Tambahkan air sparkeling secara beransur-ansur dan kacau sehingga mendapat adunan yang sesuai untuk menyalut ikan.
- Celupkan fillet ikan dori ke dalam adunan tersebut sehingga rata.
- Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan dan rangup.
- Sajikan ikan dori bersama kentang goreng dan sos tartar buatan sendiri.
- Hidangan ini boleh dinikmati bersama kentang goreng atau hirisan lemon mengikut cita rasa masing-masing.