Sedapnya roti paratha inti daging! Lagi mantap letak keju, sos ala Big Mac
BOSAN makan popia dengan inti biasa?
Apa kata cuba buat Paratha Big Mac resipi perkongsian @ummisyahirah_dengan inti daging kisar, keju dan sos alaburger yang cukup menyelerakan.
Menggunakan roti paratha sebagai pembalut, hidangan ini lebih enak jika dimasukkaninti yang padat dengan bahagian luar yang rangup selepas digoreng.
Memang sesuai dijadikan menu sarapan, kudapan petang atau hidangan untuk seisi keluarga tak kira masa.

Bahan Utama
- Roti paratha secukupnya
- Kepingan keju
- Minyak masak untuk menggoreng
Bahan daging
- 400g daging kisar
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1/2 biji bawang holland (dicincang)
- Serbuk lada hitam
- Serbuk paprika
- Mix herbs
- Seasoning
- Garam
Bahan sos
- 1 cawan mayonis
- 3 sudusos cili
- 1 sudusos tomato
- Sos mustard
- 1/3 biji bawang holland (dicincang)
- Jeruk timun (pickle)
- Serbuk bawang
MENARIK DIBACA:Brokoli bantu kawal paras gula pesakit diabetes, tapi teknik memasak kena betul
MENARIK DIBACA:Anak bosan bekal menu sama? Buat roti keju carbonara, 'confirm' licin bekas
Cara penyediaan
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar dan perasakan dengan serbuk lada hitam, serbuk paprika, mixherbs, seasoning serta garam. Kacausehingga daging betul-betul masak dan ketepikan.
- Untuk menyediakan sos, campurkan mayonis, sos cili, sos tomato, mustard, bawang Holland, jeruk timun dan serbuk bawang putih. Gaul sehingga sebati.
- Leperkan roti paratha, kemudian letakkan kepingan keju, daging kisar yang sudah dimasak dan sos di bahagian tengah.
- Lipat dan bungkus paratha dengan kemas supaya inti tidak terkeluar ketika digoreng.
- Balut paratha menggunakan plastik pembungkus dan sejukkan sebentar supaya bentuknya lebih kemas.
- Panaskan minyak dan goreng paratha sehingga bahagian luarnya keemasan serta rangup.