Sekaya labu manisan kegemaran orang Pantai Timur, sedap dimakan sejuk-sejuk
SEKAYA labu, pencuci mulut tradisional menggabungkan rasa manis dengan tekstur antara menu jarang dijumpai.
Hidangan ini sering dijadikan sebagai penyeri sesi minum petang dalam kalangan individu menghargai citarasa klasik lokal.
Setiap suapan menawarkan kelazatan labu lembut dengan haruman aroma santan dan gula memikat selera.

Selain rasa, penampilan sekaya labu juga menarik perhatian kerana rona kuning keemasan buah ini menambah daya tarikan hidangan ini.
Bagi ingin mencuba, resipi ini juga mudah untuk dicuba dengan menggunakan air fryer sahaja.
MENARIK DIBACA: Nasi semalam jangan dibuang, boleh dibuat kek cawan bersama coklat
MENARIK DIBACA: Ini cara buat kek gula hangus paling mudah, hasilnya pasti gebu dan cantik 'bersarang'
Bahan-bahan
- 500g labu kuning dibelah, dibuang biji dan dikukus hingga lembut
- 200ml santan pekat
- 150g gula perang
- 2 biji telur
- ½ sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan (pilihan)

Cara penyediaan
Sediakan labu
- Kukus labu sehingga lembut kemudian lenyek labu sehingga halus, pastikan tiada ketulan besar untuk tekstur sekaya licin.
Campur bahan asas
- Dalam mangkuk, satukan labu lenyek, santan, gula, telur dan garam. Kacau rata sehingga sebati. Jika mahu, ikat daun pandan dan masukkan ke dalam adunan untuk aroma lebih memikat hati.
Sediakan loyang
- Gunakan loyang kecil sesuai untuk air fryer atau bekas tahan panas.
- Sapu sedikit minyak atau alaskan dengan kertas minyak supaya sekaya tidak melekat.
Masak dalam air fryer
- Panaskan air fryer pada 160 darjah selsius. Masukkan loyang berisi adunan dan masak selama 25 minit.
- Selepas 15 minit, periksa permukaan sekaya jika sudah mengeras tetapi tengah masih sedikit lembut teruskan masak.
Sejukkan
- Keluarkan dari air fryer dan biarkan sejuk sepenuhnya.
- Sekaya akan mengeras lebih lagi semasa proses ini dan lebih sedap disimpan dalam peti sejuk.
- Potong mengikut saiz dikehendaki. Boleh dihidangkan bersama teh tarik atau minuman ringan.