KUALI | Tip & Trik

Ramai salah teknik merebus, ada cara isi kerang tak melekat dan mengecut

Lead Image

KERANG antara makanan laut kegemaran ramai kerana rasanya yang kenyal dan mempunyai sedikit rasa manis.

Sama ada diratah begitu sahaja mahupun di masak sambal, keenakan rasa kerang dalam masakan memang membuka selera.

Namun, masalah lazim yang dialami apabila merebus kerang ada intinya melekat dan kadang kala kecut jika direbus terlalu lama. 

Kerang antara hidangan laut kegemaran ramai.

Jangan khuatir, ada cara ringkas untuk mendapatkan hasil kerang rebus yang mungil dan tidak melekat pada cengkerangnya.

Berikut adalah langkah mudah boleh cuba: 

MENARIK DIBACA: Elak minyak meletup dan merecik ketika menggoreng hanya guna garam

MENARIK DIBACA: Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik

1. Isikan periuk dengan air melebihi paras kerang dan didihkan terlebih dahulu.

2. Selepas air mendidih, masukkan garam secukupnya dan kerang.

3. Rebus dalam 3 minit, jangan sampai cengkerang terbuka.

Cuci bersih kerang sebelum memulakan proses rebusan.

4. Tutup api kemudian buang air rebusan tadi.

5. Tambah air dan ais ke dalam periuk. Cara ini dapat menghentikan proses memasak kerang secara berlebihan.

6. Kemudian, buka cengkerangnya satu persatu dan hasilnya mendapat kerang yang cantik dan segar.  

Campuran ais boleh lambatkan proses kerang terlebih masak.

Petua tambahan untuk memastikan kerang direbus tidak liat atau melekat adalah dengan mengelak hidupan laut ini yang masih hidup dari disimpan dalam peti sejuk. 

Boleh juga, cuba campurkan kerang yang direbus dengan ais batu dan dua sudu besar cuka di dalam satu bekas selama seminit.

Keadah ini membantu isi kerang rebus mudah dikopek bahkan montok dan segar.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Api kena pelan, minyak jangan terlalu banyak... Rahsia kacang tanah goreng rangup dan sedap dikunyah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tak payah buang tenaga sental, 2 bahan ini boleh buat dapur gas berkilat

Terhangat