KUALI | Tip & Trik

Tak payah buang tenaga sental, 2 bahan ini boleh buat dapur gas berkilat

Lead Image

DAPUR gas antara peralatan dapur paling kerap digunakan membuatkan ia mudah tercemar dan kotor daripada percikan minyak, sisa makanan dan kesan hangus.

Kesan kotoran yang tersisa boleh membuatkan dapur gas kelihatan kusam kerana penuh dengan tompokan minyak tebal dan melekat.

Kotoran yang melekat pada dapur gas juga boleh menghasilkan aroma dapur kurang menyenangkan apabila dipanaskan.

Kesan kotoran minyak boleh meninggalkan bau kurang enak.

Jika tidak dibersihkan dengan betul, kotoran ini bukan sahaja mencacatkan penampilan dapur malah boleh menjejaskan kebersihan dan keselamatan.

Jangan mengeluh, atasi masalah dapur berminyak dengan hanya menggunakan dua bahan mudah iaitu soda bikarbonat dan cuka makan.

MENARIK DIBACA: Elak minyak meletup dan merecik ketika menggoreng hanya guna garam

MENARIK DIBACA: Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik

Gabungan kedua-dua bahan ini sangat berkesan untuk melonggarkan kotoran degil, menyerap bau, dan mengilatkan permukaan dapur gas tanpa merosakkan material.

Asingkan dapur gas untuk proses pemberishan lebih mudah.

1. Tanggalkan bahagian dapur

Tanggalkan penutup besi, kepala pembakar dan bahagian boleh dibuka bagi memudahkan pembersihan menyeluruh.

Tabur soda bikarbonat.

2. Taburkan soda bikarbonat

Taburkan soda bikarbonat pada kawasan berminyak dan berkerak, terutama di sekitar pembakar dan permukaan dapur.

3. Sembur cuka

Semburkan cuka makan ke atas soda bikarbonat tadi dan proses ini akan menyebabkan tindak balas berbuih, menandakan kotoran sedang dilonggarkan.

Biarkan kedua bahan bertindak.

4. Biarkan selama 15 minit

Biarkan campuran ini bekerja untuk memecahkan minyak dan kesan hangus yang degil.

Bersihkan kotoran minyak tertanggal menggunakan span.

5. Gosok dan lap bersih

Gunakan span atau berus lembut untuk menggosok. Kemudian lap dengan kain bersih dan lembap sehingga kotoran tanggal sepenuhnya.

Dapur gas kelihatan bersih seakan baharu.

6. Keringkan dan pasang semula

Lap sehingga kering dan pasang semula semua bahagian dapur gas. Hasilnya, dapur akan kelihatan berkilat dan bersih seperti baru dibeli.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Ramai salah teknik merebus, ada cara isi kerang tak melekat dan mengecut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Rendam kaki dalam cuka epal 15 minit setiap hari, cegah ketuat dan hilangkan bau

Terhangat