KUALI | Tip & Trik

Rendam kaki dalam cuka epal 15 minit setiap hari, cegah ketuat dan hilangkan bau

Lead Image

SEHARIAN melakukan aktiviti harian pasti membuatkan kita berasa letih, apatah lagi perlu banyak berjalan.

Hendak memanjakan diri dengan rawatan penjagaan kaki di spa mungkin agak mahal bagi sesetengah orang.

Tanpa ke spa pun, sebenarnya masih boleh memanjakan diri tanpa mengeluarkan belanja yang besar.

Dengan hanya menggunakan cuka epal, rawatan kaki boleh dilakukan di rumah setiap hari.

Caranya juga cukup mudah iaitu mencampurkan dua sudu cuka epal bersama air suam dalam besen besar dan boleh terus rendam kaki selama 10 hingga 15 minit setiap hari.

Selain sebagai penyedap masakan, cuka ternyata mempunyai banyak kegunaan terutamanya untuk kesihatan.

Agak-agaknya, apakah manfaat merendam kaki dengan air cuka? Jom kita semak!

Pengumpulan peluh semasa pemakaian kasut boleh menghasilkan pembiakan bakteria dan kulat.

1. Menghilangkan bau kaki

Bau kaki biasanya berpunca daripada pengumpulan peluh terutamanya bagi individu yang mudah berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti berat. 

Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk apabila bakteria dan kulat membiak pada kaki atau kasut yang dipakai.

MENARIK DIBACA: Ini 5 bahan pengganti buat kek dan pastri tanpa telur, hasilnya tetap gebu dan lembut

MENARIK DIBACA: Wajib cuba! Nasi ayam gepuk menu istimewa di ‘For Your Perut’

Cuka epal mempunyai sifat antimikrob yang boleh membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria dan kulat. 

Merendam kaki dalam air campuran cuka epal selama kira-kira 10 hingga 20 minit dipercayai dapat membantu mengurangkan bau kaki yang tidak menyenangkan.

Rendaman kaki menggunakan cuka epal boleh membantu memberi keselesaan dan mengurangkan kerengsaan.

2. Melegakan kutu air 

Kutu air merupakan jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat dan mudah berlaku apabila kaki berada dalam keadaan lembap misalnya memakai kasut terlalu lama.

Selain itu, berjalan tanpa alas kaki di kawasan awam seperti kolam renang juga boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Walaupun belum ada kajian saintifik membuktikan keberkesanan cuka epal dalam merawat kutu air sepenuhnya, rendaman kaki menggunakan cuka epal boleh memberikan kesan menenangkan dan membantu mengurangkan ketidakselesaan.

Cuka epal bertindak sebagai agen pengelupasan ringan yang boleh membantu menanggalkan sel kulit mati.

3. Membantu mencegah ketuat

Kutil atau ketuat ialah pertumbuhan kulit tidak berbahaya dan biasanya disebabkan oleh jangkitan virus Human Papilloma Virus (HPV) jenis tertentu.

Cuka epal mempunyai sifat antimikrob dipercayai dapat membantu menghalang pertumbuhan kutil apabila kaki direndam dengannya.

Selain itu, cuka epal juga bertindak sebagai agen pengelupasan ringan boleh membantu menanggalkan sel kulit mati pada kaki.

Rendam kaki menggunakan air cuka epal mampu mengatasi kulit kering.

4. Mengatasi masalah kaki kering 

Masalah kaki kering dan merekah juga boleh dikurangkan dengan merendam kaki menggunakan cuka epal. 

Namun, selepas rendaman anda disarankan untuk menyapu losen atau pelembap bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Elakkan merendam kaki terlalu lama atau terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Tak payah buang tenaga sental, 2 bahan ini boleh buat dapur gas berkilat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Ini 5 bahan pengganti buat kek dan pastri tanpa telur, hasilnya tetap gebu dan lembut

Terhangat