Jangan tahan lapar tengah malam! Boleh makan 5 snek ini, berat badan tak naik
PERNAH tak rasa perut berkeroncong pada waktu malam kerana lapar padahal anda sudah makan malam beberapa jam sebelumnya?
Ramai yang memilih untuk menahan lapar kerana bimbang berat badan naik, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang diet.
Anda masih boleh menikmati snek sebelum tidur dengan memilih makanan tinggi protein dan mengenyangkan tanpa mengambil kalori secara berlebihan.
Berikut lima makanan 'selamat' anda boleh nikmati pada waktu malam.

1. Yogurt Greek
Yogurt Greek kaya dengan protein yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama.
Dalam hidangan sekitar 200 gram, ia boleh membekalkan kira-kira 20 gram protein.
Pilih yogurt tanpa gula tambahan untuk mengawal pengambilan kalori.
MENARIK DIBACA: Telur separuh masak, teh hijau 'sarapan ajaib' bantu individu nak cepat kurus
MENARIK DIBACA: Diet pelangi buat semangat nak kurus, paling penting banyak manfaat
2. Keju bersama buah-buahan
Gabungan keju dan buah-buahan segar membekalkan protein, serat, vitamin serta mineral.
Keju parmesan mengandungi kira-kira 10 gram protein bagi setiap 28 gram hidangan.
Bagaimanapun, ambil dalam kuantiti sederhana kerana keju juga boleh mengandungi lemak dan garam yang tinggi.
3. Telur
Dua biji telur bersaiz besar membekalkan kira-kira 12 hingga 13 gram protein yang membantu mengenyangkan perut.
Telur rebus boleh dijadikan snek ringkas sebelum tidur atau dinikmati bersama sayur-sayuran.

4. Kacang badam dan pistachio
Kacang badam membekalkan kira-kira enam gram protein bagi setiap 28 gram hidangan, manakala pistachio mengandungi sekitar lima hingga enam gram protein.
Kandungan protein dan seratnya membantu memberikan rasa kenyang, tetapi ambil dalam kuantiti kecil kerana kacang tinggi kalori.
5. Minuman protein
Protein shake yang diperbuat daripada susu lembu, soya atau sumber tumbuhan boleh membekalkan sekitar 12 hingga 27 gram protein bagi setiap hidangan.
Pilih minuman rendah gula tambahan dan kawal jumlah kalori supaya bersesuaian dengan sasaran penurunan berat badan.