info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

5 jenis ikan tempatan sesuai untuk bayi... Selayang paling tinggi DHA, salmon pun 'kalah'

Lead Image

SEBAIK sahaja bayi mula diperkenalkan dengan makanan pejal, ibu bapa pastinya mahu memilih makanan kaya khasiat buat si kecil.

Ikan antara makanan boleh dimasukkan dalam menu kerana membekalkan protein serta asid lemak omega-3 seperti DHA yang penting untuk tumbesaran.

Menurut Kaunselor Penyusuan dan Pemakanan Bayi Bertauliah, Dr Adli Hidayat, terdapat lima jenis ikan tempatan boleh dijadikan pilihan, malah lebih menjimatkan tanpa perlu membeli ikan mahal.

"Selain lima senarai ikan ini, ikan bilis juga layak dijadikan sebagai penambah rasa kaya dengan khasiat zat besi dan kalsium.

"Saya juga gemar guna ikan selayang untuk memekatkan makanan bayi supaya hidangan lebih padat dengan kalori dan nutrien.

"Boleh juga tambah sedikit santan mengikut kesesuaian," kongsinya di Threads. 

Berikut adalah lima jenis ikan yang baik untuk bayi bagi sukatan setiap 10 gram: 

1. Ikan selayang

Ikan selayang berada di tempat pertama kerana mempunyai kandungan DHA tinggi walaupun kalorinya rendah.

  • 11 kcal
  • 116mg DHA
Salmon mempunyai kandungan DHA tinggi.

2. Ikan salmon

Salmon sememangnya sering dikaitkan dengan kandungan omega-3 tinggi, tetapi harganya lebih mahal berbanding ikan tempatan.

  • 21 kcal
  • 110mg DHA

3. Ikan selar kuning

Ikan selar kuning pula mempunyai kandungan kalori rendah tetapi masih membekalkan jumlah DHA baik.

  • 11 kcal
  • 87mg DHA

MENARIK DIBACA: Berpuluh kali cuba baru jadi! Wanita kongsi tip buat kulit risol sempurna, anti koyak

MENARIK DIBACA: Kulit buah naga rahsia cantikkan kulit muka, wanita kongsi petua 'aunty Cina'

4. Ikan sardin

Ikan sardin turut tersenarai sebagai pilihan kerana membekalkan DHA dan mempunyai kandungan merkuri rendah.

  • 14 kcal
  • 51mg DHA
Ikan selayang antara pilihan tinggi DHA dengan harga lebih berpatutan.

5. Ikan kembung

Ikan kembung pula antara pilihan mudah didapati di pasar dan kedai makan tempatan.

  • 12 kcal
  • 35mg DHA

Kesimpulannya, ibu bapa tidak semestinya perlu memilih ikan mahal untuk menyediakan makanan berkhasiat kepada bayi.

Ikan tempatan juga mempunyai khasiat tersendiri dan boleh dipelbagaikan dalam menu si kecil.

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

EVOO tak sesuai untuk menumis, undang kanser... Fahamkan betul-betul fakta ini

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Terlalu banyak ambil gula, ini 10 kesan dalam badan dari kulit hingga otak

Terhangat