info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Betul ke rasa air mineral beza ikut jenama? Sebelum beli, pengguna perlu tahu fakta ini

Lead Image

AIR mineral yang diminum rasanya berbeza mengikut jenama walau ia dilihat sekadar air kosong.

Ada yang rasanya ringan dan menyegarkan, manakala ada pula sedikit manis, hambar atau pahit.

Mungkin ada yang menganggap perbezaan itu sekadar perasaan atau mungkin menyangka bahan tertentu yang menyebabkan air mineral berbeza rasa antara satu sama lain.

Menurut laporan media antarabangsa, rasa air mineral boleh berbeza disebabkan kandungan mineral di dalamnya.

Guru Besar Fakulti Matematik dan Sains Semula Jadi, Universiti Indonesia, Profesor Dr Agustino Zulys menjelaskan bahawa air tulen atau H2O pada asasnya tidak mempunyai rasa.

Kalsium, magnesium, natrium dan mineral lain boleh mempengaruhi rasa air ketika diminum.

Sebaliknya, air mineral mengandungi pelbagai mineral semula jadi seperti kalsium, magnesium, natrium, kalium, bikarbonat dan klorida boleh mempengaruhi deria rasa.

Menurut beliau, setiap mineral mempunyai ciri rasa tersendiri apabila berinteraksi dengan lidah.

Sebagai contoh, gabungan bikarbonat, kalsium dan magnesium dalam jumlah seimbang boleh menghasilkan rasa lebih ringan, segar dan sedikit manis.

MENARIK DIBACA: 7 'street food' terbaik Asia Tenggara, nasi lemak masuk senarai

MENARIK DIBACA: Nasi lemak ditukar nama kepada Nanyang Coconut Rice, netizen Malaysia lancar 'perang'

Rasa manis tersebut bukan bermakna air itu mengandungi gula atau pemanis tambahan, sebaliknya berpunca daripada interaksi mineral semula jadi dengan deria rasa.

Pada masa sama, kandungan magnesium dan kalsium tinggi boleh menyebabkan rasa lebih kuat atau sedikit pahit, manakala natrium dan klorida tinggi pula boleh memberikan rasa masin.

Jangan pelik jika air mineral berlainan jenama mempunyai rasa yang tidak sama kerana komposisi mineralnya juga berbeza.

Sebab itu ada individu merasakan sesetengah jenama air mineral lebih sedap, ringan atau menyegarkan berbanding yang lain. 

Perbezaan tersebut bukan semata-mata cadangan tetapi lidah mampu mengesan perubahan komposisi mineral.

Jadi, jika ingin mengetahui sebab rasa air mineral berbeza, cuba semak label pada botol untuk melihat jenis dan jumlah mineral yang terkandung di dalamnya.

Kesimpulannya, rasa air mineral berbeza bukan sekadar ‘perasaan’ manusia.

Setiap tegukan membawa komposisi mineral tersendiri dan lidah kita sebenarnya mampu mengesan perbezaan tersebut.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Buah tinggi nutrisi, terbaharu khasiat kulit rambutan tarik perhatian kumpulan penyelidik

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Sarapan penting untuk anak? Kajian dedah kesan terhadap otak jika keluar awal pagi tanpa makan

Terhangat