info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

7 'street food' terbaik Asia Tenggara, nasi lemak masuk senarai

Lead Image

ASIA Tenggara sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan jalanan (street food) yang menawarkan keenakan, aroma dan keunikan rasa tersendiri. 

Makanan-makanan ini bukan sahaja menjadi pilihan warga tempatan, malah turut menarik perhatian pelancong yang ingin merasai pengalaman kulinari autentik di setiap negara.

Memetik laporan detikFood, berikut merupakan tujuh makanan 'street food' terbaik di Asia Tenggara yang wajar dicuba.

Nasi goreng dinobatkan makanan pinggir jalan terbaik.

1. Nasi goreng (Indonesia)

Berada di tempat pertama adalah nasi goreng dari Indonesia .

Olahan nasi putih bersama rempah khas menjadikan juadah ringkas namun memiliki nilai tinggi ini digemari ramai.

Lebih enak jika hidangan nasi goreng ini disajikan bersama telur serta keropok udang.

Pho merupakan sejenis makanan bersup sama ada daging atau ayam dan dinikmat bersama mi beras.

2. Pho (Vietnam)

Berada di tempat kedua ialah sajian dari Vietnam iaitu pho.

Pho merupakan sejenis hidangan sup sama ada ayam atau daging yang dihidangkan bersama mi beras.

Sebagai sampingan, pho biasanya dihidangkan bersama hirisan daging, basil, pudina, tauge dan limau.

Hidangan ini lazimnya menggunakan ketam nipah.

3. Ketam lada hitam (Singapura)

Merupakan sejenis hidangan istimewa menggunakan ketam nipah.

Hidangan ketam lada hitam ini lazimnya dibuat dengan kuah lada hitam yang pekat.

Selain dimakan bersama nasi panas, ketam lada hitam ini juga enak jika diratah begitu sahaja.

MENARIK DIBACA: Kesilapan biasa simpan santan kotak selepas dibuka, ada cara elak ia cepat masam

MENARIK DIBACA: Teh putik bunga ros banyak khasiat, patut jadi minuman ‘rahsia’ kaum wanita

Pad Thai menjadi antara makana pinggir jalan paling popular di Thailand.

4. Pad Thai (Thailand)

Pad Thai ialah hidangan mi beras goreng tradisional yang berasal dari Thailand dan sangat popular sebagai makanan jalanan.

Persis char kuetiau yang ada di Malaysia, pad Thai memiliki keunikan tersendiri kerana menggabungkan rasa manis, masam dan masin dengan seimbang.

Nasi lemak sering dikaitkan dengan hidangan sarapan pagi di Malaysia.

5. Nasi lemak (Malaysia)

Di tempat kelima pula adalah makanan tradisi Malaysia iaitu nasi lemak.

Semua sedia maklum, nasi lemak merupakan makanan yang sering dijadikan hidangan ketika sarapan pagi.

Selain dihidangkan bersama telur, ikan bilis, kacang dan hirisan timun, terdapat juga nasi lemak yang dihidangkan bersama lauk-pauk seperti ayam goreng berempah, rendang, paru berlado dan sambal kerang.

Amuk merupakan hidangan sama ada ayam atau ikan yang dimasak kari berkrim dan dikukus dalam daun pisang.

6. Amok (Kemboja)

Amok ialah hidangan kebangsaan Kemboja berupa kari berkrim dan berempah yang dikukus di dalam mangkuk daun pisang.

Lazimnya amok diperbuat daripada ikan atau ayam.

Hidangan ini terkenal dengan teksturnya yang sangat lembut, gebu dan hampir serupa dengan otak-otak di Malaysia.

Tidak lengkap hidangan sate tanpa timun dan bawang.

7. Sate ayam (Indonesia)

Juadah tradisional yang diperbuat daripada potongan kecil daging ayam yang diperap dengan rempah, dicucuk pada lidi buluh dan dipanggang di atas bara arang.

Hidangan kegemaran ramai ini biasanya dimakan bersama kuah kacang, nasi himpit serta hirisan timun dan bawang besar.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Lipas 'berpesta' dalam bekas daging mentah, restoran BBQ terkenal di MyTOWN diarah tutup 14 hari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Wanita kecewa kunafa masam tak lama lepas dibeli, rupanya ramai pelanggan lain dah 'terkena'!

Terhangat