Ramai jauhi MSG, realitinya kandungan natrium lebih rendah dari garam
GARAM atau monosodium glutamat (MSG) yang berlebihan sering mencetuskan perdebatan kerana kandungan natrium boleh menyebabkan risiko tekanan darah tinggi.
Seorang individu tampil berkongsi pandangan mengenai penggunaan garam dapur dan MSG yang kerap digunakan dalam masakan masyarakat kita.
Menurutnya, ramai tidak menyedari bahawa kandungan natrium dalam garam dapur sebenarnya lebih tinggi berbanding MSG.
“Hakikat ramai orang tua tak boleh terima bahawa garam dapur (NaCl) sebenarnya jauh lagi bahaya berbanding MSG,” tulisnya di Threads.

Sebagai pelajar dalam bidang teknologi dan kejuruteraan makanan, individu itu berkata perkara tersebut antara pengetahuan asas yang dipelajarinya.
Menurutnya, garam dapur mengandungi kira-kira 39 peratus natrium, manakala MSG sekitar 12 peratus natrium mengikut berat.
“Maksudnya kalau nak kurangkan risiko darah tinggi, ganti separuh garam dengan MSG.
“Kurang garam, kurang natrium, kurang risiko darah tinggi.
“Lagi sedap, MSG ada rasa umami, sodium pun turun teruk,” katanya lagi.
MENARIK DIBACA: Khairul Aming perkenal sambal bilis pula, sanggup turun laut demi hasil terbaik
MENARIK DIBACA: Wanita kurang selesa lihat bayi diberi kurma bekas mulut pentahnik... Tak tolak sunah, cuma fikir kebersihan
Dalam perkongsian sama, individu itu turut menyentuh mengenai dakwaan MSG berbahaya kepada kesihatan.
Menurutnya, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf bahan perasa itu sebagai bahan selamat digunakan dalam makanan pada tahap penggunaan biasa.
"Ada juga mitos tentang MSG sebagai bahan menyebabkan sakit kepala dan masalah kesihatan lain dikenali sebagai 'Chinese Restaurant Syndrome' di Amerika Syarikat.
"Dakwaan ini bagaimanapun tidak disokong oleh bukti saintifik bagi kebanyakan individu," jelasnya.

Perkongsian itu turut membuka ruang kepada orang ramai untuk melihat semula tanggapan terhadap MSG yang selama ini sering dianggap sebagai bahan perlu dielakkan sepenuhnya.
"MSG bukan sekadar dalam serbuk sahaja. MSG juga terkandung dalam kicap, sos cili; sos tiram dan serbuk perasa.
"Dekat rumah tak guna MSG sebab itu salah satu makanan proses dan tiada senarai bahan lebih jelas.
"MSG lebih baik sebab kandungan sodium kurang berbanding garam. Saya pernah nak didik masyarakat mengenai topik ini tapi agak sukar," antara komen netizen.