info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Jambu batu bantu tingkat hemoglobin, baik untuk pesakit anemia - Kajian

Lead Image

PENGAMBILAN jus jambu batu secara berkala berpotensi menjadi kaedah yang membantu mengurangkan risiko anemia (kurang darah) dalam kalangan wanita, khususnya di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Perkara itu didedahkan menerusi satu kajian semakan sistematik diterbitkan dalam jurnal BMJ Nutrition Prevention & Health, yang menilai beberapa kajian mengenai keberkesanan gabungan jus jambu batu dengan suplemen zat besi dalam pengurusan anemia.

Menurut laporan media, analisis 12 kajian di Indonesia melibatkan 235 wanita dan remaja perempuan mendapati paras hemoglobin mereka meningkat secara purata sebanyak 1.71 gram (g) per desiliter (g/dL) selepas pengambilan jus jambu batu.

Pengambilan jambu batu membantu meningkatkan paras hemoglobin.

Secara lebih terperinci, peningkatan purata hemoglobin dicatatkan ialah 1.52 g/dL dalam kalangan remaja perempuan dan 1.84 g/dL bagi wanita hamil.

Lima daripada kajian tersebut turut membandingkan keberkesanan gabungan jus jambu batu bersama suplemen zat besi dengan pengambilan suplemen zat besi sahaja.

Hasilnya menunjukkan gabungan kedua-duanya meningkatkan paras hemoglobin secara purata sebanyak 1.29 g/dL berbanding hanya mengambil suplemen zat besi, sekali gus membuktikan kombinasi tersebut lebih berkesan dalam meningkatkan hemoglobin.

MENARIK DIBACA: Jus kunyit bantu cerahkan kulit, kalau tak sanggup ‘telan’ boleh cuba resipi ini

MENARIK DIBACA: Resipi jus epal dan markisa kena cuba, rasa masam manis memang ngam!

Berdasarkan penemuan itu, penyelidik dari Pakistan mencadangkan jus jambu batu dimasukkan dalam kaunseling pemakanan bagi pencegahan anemia di negara mencatatkan kadar tinggi penyakit tersebut.

Peningkatan hemoglobin antara 1 hingga 2 g/dL sudah memadai untuk membantu individu mengalami anemia ringan atau sederhana kembali kepada paras normal, sekali gus mengurangkan keletihan, meningkatkan fungsi kognitif dan produktiviti harian.

Penyelidik turut menjelaskan bahawa anemia akibat kekurangan zat besi merupakan masalah kesihatan lazim berlaku dalam kalangan remaja perempuan dan wanita hamil di negara berpendapatan rendah serta sederhana, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi kesihatan dan kematian.

Jambu batu bantu kurangkan risiko anemia dalam kalangan wanita.

Di kebanyakan negara Asia, jambu batu merupakan sumber vitamin C  mudah diperoleh dan harga berpatutan.

Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan.

Malah, kandungan vitamin C dalam jambu batu dilaporkan sehingga empat kali ganda lebih tinggi bagi setiap 100g berbanding oren.

Selain itu, buah ini turut membekalkan vitamin A, folat, serat makanan serta sejumlah kecil zat besi yang menyumbang kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Umur meningkat, ramai risau otak tumpul... 6 makanan ini bantu lambatkan kemerosotan kognitif

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Lelaki kongsi 'magis' Americano bantu kuruskan badan, 'hilang' 2kg dalam masa 3 hari

Terhangat